AM

GEMPA KUAT BERMAGNITUD 6.3 LANDA JEPUN - METMALAYSIA

17/04/2024 11:33 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa itu terletak di 33.2 darjah utara dan 132.4 darjah timur iaitu 73km timur dari Oita, Jepun dengan kedalaman 46 kilometer (km).

“Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan malam ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan