Gelaran raja pecut Asia Tenggara ubat prestasi hambar kontinjen Malaysia [ 3h ago ]

Senarai Berita POLITIK

MCA buka keahlian kepada kaum lain dan turunkan usia keanggotaan

KUALA LUMPUR, 1 Dis -- MCA meminda perlembagaannya bagi membenarkan kalangan bukan kaum Cina menjadi anggota ahli bersekutu parti itu, di samping menurunkan umur minimum keanggotaan daripada 18 kepada 16 tahun.

Hanya ada satu Kongres Nasional PKR - Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Hanya akan ada satu sahaja Kongres Nasional rasmi untuk parti PKR, iaitu yang dijadual pada 5 hingga 8 Dis di Melaka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar: kenyataan minta presiden PKR mohon maaf tidak benar

GEORGE TOWN, 30 Nov  -- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kenyataan sekumpulan 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang mendesak beliau memohon maaf susulan pemecatan Zakaria Abdu Hamid sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

20 anggota MPP PKR tolak pemecatan Zakaria

KUALA LUMPUR, 30 Nov  -- Seramai 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR  termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebulat suara menolak pemecatan Zakaria Abdul Hamid sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Pemuda BN akan adakan jelajah isu sensitif semua kaum - Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Nov  -- Pemuda Barisan Nasional (BN) akan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bagi membincangkan isu-isu sensitif melibatkan semua kaum tidak lama lagi, kata pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Tanjung Manis sah jadi cabang 222 PKR

SARIKEI, 30 Nov -- Pemilihan PKR Cabang Tanjung Manis di sini hari ini berjalan dengan  lancar di mana  Dr Raduan Serap menang tanpa bertanding sebagai ketua cabang itu selepas seorang lagi calon Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi hilang kelayakan untuk bertanding.

Dr Mahathir ulangi PH sukar penuhi janji kerana angkara kerajaan terdahulu

KUALA LUMPUR, 30 Nov  -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati sukar untuk mencapai janji dan matlamat manifestonya disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan kerajaan terdahulu.