Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR
MELAKA, 8 Dis -- Sidang perwakilan Kongres Nasional PKR 2019 dan pucuk pimpinan parti hari ini diingatkan bahawa kehadiran dalam mesyuarat parti adalah satu mandat dan tanggungjawab yang harus ditunaikan setiap pemimpin.
Terima cabaran kesan kebebasan, demokrasi dalam PKR - Anwar
MELAKA, 8 Dis -- Semua pemimpin dan anggota PKR perlu menerima apa jua cabaran yang datang kesan daripada pendirian parti yang menghormati kebebasan serta demokrasi dalam parti, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amanah promosi konsep Rahmatan Lil Alamin, boleh jadi ikutan negara Islam - Mohamad
SHAH ALAM, 8 Dis -- Malaysia akan mempromosikan konsep Rahmatan Lil Alamin (rahmat buat sekalian alam), satu pembaharuan kebangkitan Islam pada masa akan datang yang boleh dijadikan ikutan negara-negara Islam yang menghadapi konflik ketika ini.
PH junjung prinsip muafakat, tiada parti paling kuat
IPOH, 8 Dis -- DAP bukan parti terkuat dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya semua parti di dalam pakatan itu berpegang teguh pada prinsip muafakat.
Tian Chua gulung kongres bukti PKR terima perbezaan pendapat
MELAKA, 8 Dis -- PKR membuktikan kehebatan sebagai parti yang menerima perbezaan pandangan apabila kekal tenang tatkala Naib Presiden Tian Chua menyampaikan ucapan penggulungan, yang mempunyai intipati berbeza dengan pemimpin lain.
Kongres beri mesej jelas mahu pemimpin, anggota patuh disiplin parti - Anwar
MELAKA, 8 Dis -- Kongres Nasional PKR 2019 membawa mesej jelas bahawa pimpinan harus tegas dan bertindak terhadap pemimpin serta anggota agar patuh kepada disiplin parti, kata Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
DAP WPKL ulangi tuntutan pilihan raya PBT dalam resolusi
KUALA LUMPUR, 8 Dis -- DAP hari ini mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menjadikannya antara lapan resolusi yang diluluskan pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung hari ini.