KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 3m ago ]

Senarai Berita POLITIK

PH tidak terganggu kajian populariti Merdeka Centre

JOHOR BAHRU, 8 Okt -- Pakatan Harapan (PH) tidak terganggu dengan kajian populariti yang dibuat oleh sebuah badan kaji selidik sebaliknya akan terus bekerja keras dalam memastikan kemenangan pakatan itu  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai itu.

Imam, bilal, AJK masjid dan surau dilarang sertai aktiviti politik

PONTIAN, 8 Okt -- Imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini sekali lagi diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik termasuk yang melibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Anggota PKR perlu bersifat terbuka terima bekas pemimpin pembangkang - Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Semua anggota PKR harus bersifat terbuka dalam menerima kemasukan tokoh yang dapat memberi manfaat kepada parti, kata Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Penyertaan Salleh Keruak dalam PKR bimbangkan pemimpin dan ahli

KOTA KINABALU, 8 Okt -- Permohonan Datuk Seri Salleh Keruak yang ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kebimbangan di kalangan pimpinan serta ahli parti itu terutama di negeri ini, kata Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud.

PRK Tanjung Piai : PAS harap calon Melayu

JOHOR BAHRU, 8 Okt -- PAS Johor mengharapkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, November ini, dipilih dalam kalangan rakyat tempatan yang mempunyai rekod bersih.

Individu 18 tahun perlu persediaan secukupnya sebelum bertanding pilihan raya

KOTA KINABALU, 8 Okt  — Persediaan yang mencukupi dari segi politik dan kepimpinan  harus ada pada individu yang berumur 18 tahun sebelum mana-mana parti politik memikirkan untuk memberi peluang kepada individu berkenaan bertanding dalam mana-mana  pilihan raya, kata  Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Ahmad Farid Sainuri.

30 Nov-1 Dis tarikh baharu AGM MCA

KUALA LUMPUR, 7 Okt -- MCA hari ini memutuskan 30 Nov hingga 1 Dis sebagai tarikh baharu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu, berikutan tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini bertembung dengan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.