Tabiat Membazir Rakyat Malaysia Sekat Usaha Pulih Alam Sekitar [ 20m ago ]

Berita POLITIK


Putra sah sertai PRK Tanjung Piai jika ada calon bukan Melayu bertanding

Tarikh kemaskini: 28/09/2019
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor jika pembangkang dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon bukan Melayu.

Presiden penaja Putra Datuk Ibrahim Ali berkata parti yang ditubuhkan pada Mei lalu itu juga bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru membabitkan mana-mana blok parti dalam pilihan raya akan datang.

"Kita 101 peratus akan bertanding dalam PRK Tanjung Piai jika PH letak calon bukan Melayu, PAS tidak bertanding dan MCA juga mahu bertanding.

"Pengundi orang Melayu boleh pilih yang terbaik di mana parti yang memberi komitmen dalam perjuangan hak kita. Tambahan pula sesiapa pun menang di kawasan itu, Melayu yang akan jadi wakil. Jadi di mana pecahnya orang Melayu” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Parti Putra dan Pemasyhuran Sumpah Keramat 10 Perkara Tuntutan Melayu Bumiputera di sini, hari ini.

Kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 Sept berikutan komplikasi jantung.

Dr Md Farid yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (Barisan Nasional) dan Nordin Othman (PAS) dengan memperoleh 21,255 undi diikuti Wee dengan 20,731 undi dan Nordin 2,962 undi.

-- BERNAMA



       Berita Berkaitan

       Berita Utama Terdahulu