MTW2019 Kick off today [ 3h ago ]

Berita POLITIK


Presiden baharu PBK Sarawak diminta jelaskan kedudukan dalam DAP

Tarikh kemaskini: 10/06/2019
Chong Chieng Jen
KUCHING, 10 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang baharu dilantik Voon Lee Shan, diminta menjelaskan kedudukannya di dalam DAP, kerana beliau masih lagi anggota parti itu.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, bekas Anggota Parlimen Batu Lintang itu, sehingga kini tidak meletakkan jawatannya.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada beliau atas jawatan baharu beliau itu, namun, kami akan mengeluarkan satu surat kepadanya untuk beliau menjelaskan kedudukannya, kerana perlembagaan parti tidak membenarkan dua keahlian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Berdasarkan kepada rekod keahlian terkini, beliau berkata, Voon yang menang sebagai Presiden PBK di Sibu pada Sabtu, masih lagi anggota DAP.

PBK sebuah parti politik Sarawak telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 28 Ogos 2013, dijangkakan bertanding kesemua 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu