Senyuman sukarelawan lapangan terbang berjaya tenangkan penumpang - Raja Azmi [ 8h ago ]

Berita POLITIK


Sebnyk 12 calon layak isi jawatan pengerusi PKR Johor

Tarikh kemaskini: 07/09/2019
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaiakn ucaptama pada Seminar Negara Bangsa "Bahasa Melayu-Identiti Negara" di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat hari ini.
BATU PAHAT, 7 Sept -- Terdapat 12 calon berkelayakan yang dilihat mampu mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PKR Johor, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan itu kosong setelah Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Anwar pada minggu kedua bulan Julai.

Untuk rekod, ini kali kedua Hassan melepaskan jawatan Pengerusi Negeri selepas menarik balik keputusan itu tahun lepas.

"Dia (Hassan) ambil keputusan, saya bagi dia ruang agak panjang dan saya terima keputusan dia. Saya akan bincangkan selepas ini apa yang kita akan lakukan.

"Calon ramai yang layak... ada 12 orang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Negara Bangsa-Siri 2 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pengganti yang sesuai selepas perletakan jawatan sejak Julai.

Terdahulu, Hassan dilaporkan turut menamakan Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai penggantinya.

Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon turut dilapor menyatakan hasrat sedia mengetuai PKR Johor.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu