Visa Malaysia yakin catat pertumbuhan dua angka urus niaga tanpa sentuh tahun depan [ 28m ago ]

PRK Tg Piai: walaupun tewas, Karmaine tidak patah semangat

PONTIAN, 16 Nov  -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini redha dengan keputusan pilihan raya itu malam ini, yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wee Jeck Seng dipilih sebagai Anggota Parlimen Tanjung Piai yang baharu.

PH Johor terima keputusan PRK, isyarat jelas yang perlu diambil serius

PONTIAN, 16 Nov -- Pakatan Harapan Johor menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PRK Tanjung Piai: PH hormat, terima keputusan rakyat

IPOH, 16 Nov  -- Pakatan Harapan (PH) menghormati dan menerima keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

BN tawan kembali Tanjung Piai

PONTIAN, 16 Nov  -- Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.

PRK Tanjung Piai: peratusan keluar mengundi 74.5 peratus

PONTIAN, 16 Nov  -- Peratusan keluar mengundi keseluruhan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah 74.5 peratus, melepasi sasaran 70 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  

Pusat pengundian PRK Tg Piai ditutup

PONTIAN, 16 Nov  -- Kesemua 27 pusat pengundian melibatkan 125 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ditutup tepat pukul 5.30 petang ini, setelah dibuka pukul 8.00 pagi tadi.

Kronologi: Penjumlahan undi PRK Parlimen Tanjung Piai, BN menang

PONTIAN, 16 Nov -- 9.16 malam - Calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck diumum pemenang bagi PRK Tg Piai dengan 15,086 undi.