MIDF kekal saranan 'neutral' ke atas MISC, pertumbuhan akan dipacu oleh segmen LNG [ 13m ago ]

Tunjuk bukti PH guna sentimen kaum ketika berkempen - Salahuddin

PONTIAN, 14 Nov-- Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub mencabar parti pembangkang yang menuduh kerajaan Pakatan Harapan memainkan sentimen kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, untuk membuktikan dakwaan itu.

Lapan unit hebahan bergerak ingatkan masyarakat Tg Piai keluar mengundi

PONTIAN, 14 Nov -- Jabatan Penerangan Negeri Johor telah menyediakan lapan unit hebahan bergerak untuk memaklumkan kepada masyarakat umum supaya keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu ini.

PRK Tg Piai: Calon giat kempen berbaki 48 jam

PONTIAN, 14 Nov -- Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai semakin menghampiri penghujungnya selepas hampir dua minggu berkempen sejak proses penamaan calon 2 Nov lepas.

PRK Tg Piai: Pengundi dinasihatkan keluar awal

PONTIAN, 14 Nov  -- Para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Sabtu ini dinasihatkan supaya keluar mengundi pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir.

Menteri sangkal dakwaan syarat permit dikenakan pada pertengahan kempen PRK

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Seorang menteri hari ini menyangkal dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat perlu mendapatkan permit untuk program tinjauan mesra pada pertengahan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Janji, isu diperjuangkan calon PRK Tg Piai lebih realistik untuk dicapai

Laporan eksklusif oleh Nor Baizura Basri

PONTIAN, 14 Nov -- Berbaki dua hari lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, pastinya calon yang bertanding akan meningkatkan lagi usaha mereka untuk menawan hati pengundi yang ternyata berbeza demografinya berbanding lapan PRK yang berlangsung selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebelum ini.

Perwatakan Karmaine disenangi warga Tanjung Piai

Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

PONTIAN, 14 Nov  -- Sejak diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 28 Okt lepas, nama Karmaine Sardini, 66, menjadi sebutan penduduk di kawasan Parlimen Tanjung Piai - sama ada sebab yang positif mahupun yang negatif.