PGA9 rampas beras Siam di kawasan bendang dinaiki air di Pasir Mas [ 9m ago ]

PRK Tanjung Piai: peratusan keluar mengundi 74.5 peratus

PONTIAN, 16 Nov  -- Peratusan keluar mengundi keseluruhan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah 74.5 peratus, melepasi sasaran 70 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  

Pusat pengundian PRK Tg Piai ditutup

PONTIAN, 16 Nov  -- Kesemua 27 pusat pengundian melibatkan 125 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ditutup tepat pukul 5.30 petang ini, setelah dibuka pukul 8.00 pagi tadi.

Kronologi: Penjumlahan undi PRK Parlimen Tanjung Piai, BN menang

PONTIAN, 16 Nov -- 9.16 malam - Calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck diumum pemenang bagi PRK Tg Piai dengan 15,086 undi.

Tanjung Piai : polis terima empat laporan kad pengenalan pengundi digunakan individu tidak dikenali

PONTIAN, 16 Nov  -- Polis menerima empat laporan mengenai kes kad pengenalan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai digunakan oleh individu yang tidak dikenali.

PRK Tg Piai: 64 peratus keluar mengundi setakat 3 petang

PONTIAN, 16 Nov -- Hanya tinggal kira-kira dua jam sebelum semua 125 saluran mengundi ditutup, dengan 64 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 3.00 petang ini.

Gelagat wanita OKU ketika mengundi tarik perhatian

PONTIAN, 16 Nov -- Gelagat seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) ketika mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini menarik perhatian ramai terutama petugas pilihan raya apabila beliau terpaksa dipujuk oleh ibu saudaranya untuk berbuat demikian.

PRK Tg Piai: 43 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari

PONTIAN, 16 Nov -- Sebanyak 43 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, empat jam setelah semua 27 pusat mengundi dengan 125 saluran dibuka tepat 8 pagi tadi.