UM perjelas punca halang graduan perakaunan sertai konvokesyen [ 8h ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

AgroSavfe akan membuat pembentangan di Annual Biocontrol Industry Meeting 2019

GHENT, Belgium, 16 Okt (Bernama) -- AgroSavfe NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, hari ini mengumumkan CEO syarikat, Patrice Sellès, akan membuat pembentangan di Annual Biocontrol Industry Meeting (ABIM) 2019, Basel, Switzerland.

ABIM merupakan projek usaha sama International Biocontrol Manufacturers Association, IBMA dan Research Institute of Organic Agriculture, FiBL, dan akan diadakan 21 hingga 23 Oktober 2019 di Congress Center, Basel, Switzerland.

Imigrasi Penting untuk Produktiviti dan Pertumbuhan Ekonomi Global, Menurut Laporan Baharu GMAC

WASHINGTON, 16 Okt (Bernama) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) hari ini mengumumkan Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent. Laporan yang menyeluruh ini meneliti peranan imigrasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi global, keperluan untuk menyokong mobiliti antarabangsa bagi bakat merentasi sempadan, dan peranan penting yang dimainkan sekolah perniagaan sebagai penyaring kepada imigrasi berkemahiran dan pembangunan bakat. Laporan tersebut menganalisis data di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, India dan China, serta meliputi data permohonan kemasukan ke sekolah perniagaan terkini yang dikeluarkan oleh GMAC hari ini melalui Application Trends Survey Report 2019.

“Sekolah perniagaan berada dalam kedudukan unik untuk menjelaskan cara mobiliti bakat berhubung dengan pertumbuhan dan daya tenaga ekonomi melalui penyelidikan dan kepakaran sekolah kami. Namun, sebagai pembangun bakat, kami juga mempunyai data hampir menyamai masa nyata yang menunjukkan aliran baharu bidang yang dipilih oleh bakat,” kata Bill Boulding, Pengerusi Lembaga GMAC dan Dekan Sekolah Perniagaan Fuqua di Universiti Duke. “Kami berpendapat pentingnya kami berkongsi maklumat ini sekarang dengan pembuat dasar di seluruh dunia memandangkan bakat bakal menjadi faktor terpenting dalam menentukan pihak yang menang dan kalah dari segi ekonomi pada masa hadapan. Isu yang kami kemukakan ini penting bukan hanya untuk menyediakan peluang pendidikan merentasi sempadan tetapi juga untuk menggalakkan aktiviti ekonomi nasional yang kukuh dan teguh. “

S BLOCK Menganjurkan Bersama Persidangan Teknologi NYC WBF 2019, Lancar Ekosistem Blok Rantaian Super DAO

NEW YORK, 16 Okt (Bernama) -- Pada 27 September, 2019, “Persidangan Teknologi New York WBF2019” telah diadakan di Bangunan Altman di New York. S BLOCK, dompet aset digital nilai tambah yang berpangkalan di Switzerland, adalah penganjur bersama bagi acara tersebut.

S BLOCK - Dompet Pelbagai Mata Wang Digital Dikuasakan oleh Teknologi Blok Rantaian

S BLOCK adalah sebuah dompet pelbagai mata wang digital yang dibina di atas teknologi antara blok rantaian. Melalui satu protokol komunikasi lubang cecacing yang berinovatif, ia menjalankan beberapa operasi perbendaharaan untuk pemindahan dan kiriman wang rentas rantaian. Bersama dengan kontrak pengiriman wang dan pemberian pinjaman Interstellar, ia memastikan keselamatan bagi akses dan perkhidmatan bagi khidmat pihak ketiga untuk keuntungan. Di samping itu, S BLOCK juga mempromosikan senario pembayaran luar talian dengan membina sebuah sistem aplikasi ekologi yang lengkap, dan meningkatkan kadar penggunaan dan kadar edaran bagi SBO untuk meningkatkan nilainya.

Majlis Penilaian & Penyampaian Hadiah Anugerah Hijau 2019

Remaja Sekolah Bertanding Menjadi Pelindung Sungai Klang

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- 16 pasukan finalis daripada 10 buah sekolah menengah kawasan Lembah Klang telah bertanding untuk gelaran “Pelindung Sungai Klang” yang merupakan tema Anugerah Hijau tahun ini.

Anugerah Hijau merupakan pertandingan tahunan anjuran EcoKnights dengan kerjasama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), ERE Consulting Group (ROLPOP Fasa 3A) dan Asia Pasific Environmental Consultants (ASPEC) (ROLPOP Fasa 3B & 4) melalui projek Sungai Nadi Kehidupan untuk memupuk kesedaran dan penglibatan para pelajar sekolah menengah dalam pemeliharan dan pemuliharaan sungai. Sejak bermulanya pertandingan ini, banyak sekolah telah berjaya mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal di kampus masing-masing.

Cadangan Malaysia Dalam Usaha Mengimbangi Jurang Perdagangan Dengan India

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri Industri Utama, YB Teresa Kok telah mempengerusikan mesyuarat pada 14 Oktober 2019 yang melibatkan pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi membincangkan usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala dengan India.

Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat susulan daripada perbincangan antara YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama bersama Hon. Piyush Goyal, Menteri Perdagangan dan Industri India di New Delhi pada awal Ogos tahun ini. Semasa perbincangan tersebut, YB Teresa Kok telah menegaskan sekali lagi komitmennya untuk merapatkan jurang perdagangan antara kedua-dua negara. Dalam hal ini, Malaysia akan meneroka peluang untuk meningkatkan import gula mentah dari India pada tahun 2020.

Pemantapan Agenda Percukaian Negara Menerusi Pelan Transformasi Hasil LHDNM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pemantapan agenda percukaian negara menerusi Pelan Transformasi Hasil (TH) merupakan fokus utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam usaha untuk meningkatkan pematuhan cukai, menutup kebocoran dan ketirisan hasil seterusnya meningkatkan kutipan hasil negara.

Berucap di pentas Seminar Percukaian Kebangsaan 2019 (SPK2019) bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia berkata “menerusi Pelan Transformasi Hasil, LHDNM akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi Big Data dalam mengesan pembayar cukai yang culas yang masih tidak berada dalam jaringan percukaian negara dan seterusnya akan meningkatkan hasil pendapatan negara agar kerajaan dapat menunaikan komitmen yang dijanjikan”. Ujar beliau lagi, usaha LHDNM ini turut akan membantu kerajaan dalam memantau aktiviti ekonomi sedia ada dan yang terkeluar dari radar seperti ekonomi bayangan atau shadow economy yang akan menjadi fokus kerajaan memandangkan saiz sektor ini adalah sekitar 21% daripada KDNK negara.

TM ONE Dan UMW Memeterai Memorandum Hasrat Untuk Melaksanakan Pembangunan Penyelesaian Digital Secara Bersama Untuk Industri Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- TM ONE, unit rumusan perniagaan perusahaan dan sektor awam bagi Telekom Malaysia Berhad (TM) dan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) semalam memeterai Memorandum Hasrat (Memorandum of Intent – MoI) untuk kerjasama strategik bagi membangunkan penyelesaian digital yang disasarkan ke arah mempertingkatkan dan memperkasakan keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) untuk industri-industri di Malaysia, menjadikannya lebih produktif, cekap dan bersedia untuk masa depan.

MoI tersebut telah ditandatangani oleh Badrul Feisal bin Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad bagi pihak UMW Corporation Sdn. Bhd dan Dato’ Noor Kamarul Anuar bin Nuruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM mewakili TM ONE. Turut hadir bagi menyaksikan majlis berkenaan adalah Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, Pengerusi Kumpulan, UMW Holdings Berhad dan Rosli bin Man, Pengerusi, TM.