'Acar temu' Mek Yah laris kerana khasiatnya [ 32m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Penjelasan Isu Bahan Kimia Phthalate Dalam Plastik Pembungkus Makanan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini isu bahan kimia phthalate dalam plastik pembungkus makanan yang membahayakan kesihatan dan laporan akhbar The Star Online bertarikh 10 November 2019 bertajuk “Health Ministry To Look Into Harmful Chemical Found In Plastic Food Containers” adalah dirujuk. Bahan kimia phthalate yang digunakan untuk menghasilkan bahan pembungkus plastik didakwa boleh menyebabkan pelbagai kesan kesihatan seperti kanser, kerosakan hati, masalah reproduktif dan kecelaruan hormon.

Penggunaan bahan pembungkus yang berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan pengguna adalah dilarang di bawah Peraturan 27, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kegagalan untuk mematuhi peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua (2) tahun.

Festival Filem Antarabangsa Tokyo Mendedahkan Barisan Yang Pelbagai Bagi Pemenang-pemenang Anugerah, Termasuk Filem "Old Men Never Die" Arahan Pengarah Iran Reza Jamali

TOKYO, 15 Nov (Bernama) -- Semasa Majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-32 pada 5 November, Pengarah Reza Jamali telah memenangi Anugerah Spirit of Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun untuk filem beliau “Old Men Never Die.” Anugerah itu diberikan kepada seorang pengarah yang berpotensi di dalam bahagian Masa Hadapan TIFF Asia, yang dipilih kerana peluangnya untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa yang menjangkau sempadan kebudayaan dan kebangsaan. Jamali menyatakan perasaan beliau bahawa “Saya gembira kerana menerima anugerah ini. Saya telah selesai membuat penggambaran filem kedua saya, dan untuk diberikan peluang yang menakjubkan ini untuk diiktiraf dalam cara ini telah memberikan saya keyakinan dalam (gaya) saya sendiri untuk bergerak ke hadapan pada masa hadapan.”

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201911083288?p=images

Anugerah Filem Masa Hadapan Terbaik Asia diraih oleh “Summer Knight,” yang diarah oleh You Xing, Anugerah Skrip Filem Terbaik kepada Shin Adachi untuk filem beliau bertajuk “A Beloved Wife,” dan Sumbangan Artistik Terbaik kepada filem cereka China Wang Rui, “Chaogtu with Sarula.” Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi oleh Navid Mohammadzadeh dari “Just 6.5” dan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik diraih oleh Nadia Tereszkiewicz, dari “Only the Animals.” Anugerah Pengarah Terbaik diberikan kepada Saeed Roustaee untuk “Just 6.5,” Hadiah Juri Khas kepada “Atlantis” dan anugerah paling berprestij bagi festival itu, Tokyo Grand Prix, diberikan kepada Pengarah Frelle Petersen untuk filem Denmark “Uncle.”

LeddarTech Diiktiraf sebagai Penerima Anugerah Inovasi CES 2020 untuk The Leddar Pixell, sebuah LiDAR Kokun yang Dikeluarkan Baru-baru ini untuk Pasaran Kenderaan Berautonomi

QUEBEC CITY, 14 Nov (Bernama) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala, terus mengagumkan dengan pengumuman baru-baru ini tentang anugerah di Anugerah Inovasi CES 2020 dalam Kategori Kecerdasan Kenderaan & Pengangkutan yang berprestij.

The LeddarTM Pixell ialah produk yang menjadi contoh komitmen yang dimiliki pasukan di LeddarTech ke arah menangani permintaan daripada pasaran untuk LiDAR berkeadaan pepejal yang boleh diharap untuk memenuhi keperluan aplikasi mobiliti mereka. Kami yakin keselamatan adalah penting dalam pembangunan pemanduan berautonomi dan ketersediaan penyelesaian LiDAR yang kukuh seperti Leddar Pixell yang meningkatkan suit penderia kenderaan, membawa kita semakin dekat kepada zaman kenderaan berautonomi, besar mahu pun kecil, merata di atas jalan raya,” kata Michael Poulin, Naib Presiden Pengurusan Barisan Produk LeddarTech

KIOXIA Corporation Memperkenalkan UFS Automotif 512GB yang Pertama[1] dalam Industri

TOKYO, 14 Nov (Bernama) -- Sistem automotif bagi generasi akan datang semakin dahagakan kecanggihan. Sistem maklumat & hiburan dan ADAS[2] yang lebih maju. Lebih banyak storan untuk rakaman data acara. Sokongan bagi pemetaan 3D yang lebih banyak. Dalam satu langkah yang menjadikan ‘lebih’ itu satu realiti, KIOXIA Corporation hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pensampelan bagi penyelesaian ingatan terbenam 512 gigabait (GB) Universal Flash Storage[3] (UFS) Automotif JEDEC® Versi 2.1. UFS Automotif keluaran KIOXIA menyokong julat suhu yang luas (-40°C sehingga +105°C), memenuhi keperluan AEC-Q100 Gred 2[4] dan menawarkan kebolehpercayaan yang dilanjutkan yang diperlukan oleh pelbagai aplikasi automotif. Peranti 512GB itu menyertai barisan UFS Automotif syarikat itu yang sedia ada, yang termasuk kapasiti bagi 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB.

Inovasi seperti kenderaan berautonomi, sistem maklumat & hiburan automotif yang lebih maju, kluster digital, telematik dan ADAS menyediakan tidak hanya suatu pengalaman pemandu yang dipertingkatkan tetapi juga satu permintaan yang lebih besar bagi storan di dalam kenderaan.

Satu Dalam Tiga Migrasi Awan Di Malaysia Dan Singapura Gagal Untuk Memenuhi Jangkaan Kerana Organisasi Tidak Membuat Awan Sebagai Sebahagian Daripada Strategi Teras Mereka - Barometer Kejayaan Awan Unisys(TM) Yang Pertama

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Nov (Bernama) --

- Organisasi-organisasi di Asia Tenggara yang mengintegrasikan awan ke dalam strategi transformasi perniagaan yang lebih luas adalah lebih dua kali ganda berkemungkinan untuk berjaya dengan migrasi awan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian

Hampir satu pertiga daripada organisasi di Malaysia (27%) dan Singapura (32%) menyatakan bahawa mereka telah gagal untuk merealisasikan manfaat yang ketara daripada pengkomputeran awan, sebahagian besarnya kerana mereka tidak mengintegrasikan pelan migrasi mereka ke dalam strategi transformasi perniagaan mereka yang lebih luas, demikian menurut satu kajian baharu oleh Unisys Corporation (UIS).

Nuvectra® Terus Menyokong Pesakit Semasa Dengan Implan Algovita® Sementara Syarikat Memfailkan Bab 11 Secara Sukarela

PLANO, Texas, 14 Nov (Bernama) -- Nuvectra Corporation (NASDAQ: NVTR) (“Nuvectra” atau “Syarikat”), sebuah syarikat peranti perubatan neurostimulasi, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memilih untuk memfailkan petisyen sukarela untuk penyusunan semula di bawah Bab 11 Kod Kebankrapan Amerika Syarikat di Mahkamah Kebankrapan A.S. bagi Daerah Timur Texas (“Mahkamah”). Syarikat mahu menggunakan proses diselia Mahkamah untuk meneruskan penilaian untuk beberapa pilihan bagi memaksimumkan nilai dan menangani tanggungan kewangannya. Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan terus yakin bahawa Syarikat dan asetnya mempunyai nilai yang agak besar dan sedang meneroka beberapa pilihan, termasuklah penjualan Syarikat secara keseluruhan, bagi Sistem Stimulasi Korda Spina Algovita (“Algovita”), daripada Virtis® atau aset tertentu.

Tambahan lagi, Nuvectra komited dalam menyokong pesakit semasa menggunakan Algovita, dan juga doktor perubatan, klinisian dan kemudahan yang merawat pesakit dengan Algovita. Keselamatan dan kefungsian Algovita tidak akan menerima impak daripada proses diselia Mahkamah. Syarikat kini sedang menggantung sokongannya terhadap implan masa depan sehinggalah hala tuju Syarikat ditentukan dan Syarikat mengesyorkan doktor perubatan menghentikan sebarang implantasi baharu dan juga prosedur percubaan dan kajian klinikal yang sedang dijalankan, sehinggalah pada waktu tersebut.

Yili lancar "Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Hadapan Yili " untuk mempromosikan pembangunan industri kesihatan

BEIJING, 13 Nov (Bernama) -- Gergasi tenusu China Inner Mongolia Yili Industrial Group pada Ahad telah melancarkan projek “Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Hadapan Yili” di Hohhot, ibu negeri bagi Wilayah Berautonomi Inner Mongolia di utara China, dengan berusaha untuk meningkatkan industri kesihatan di rantau itu.

Lembah kecerdasan yang baharu dilancarkan itu adalah sebuah projek kompleks berskala besar yang mengintegrasikan industri, bandar, dan pelancongan, dengan bertujuan untuk membina sebuah kawasan yang boleh didiami di mana alam sekitar dilindungi dengan baik.