Universiti Perubatan Azerbaijan berminat jalin kerjasama dengan universiti M'sia berkaitan terapi Speleo [ 3m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Video Klip Hari Raya Aidilfitri Dari PUCM "Satu Jalan, Satu Impian"

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Sempena hari  raya yang akan tiba, Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslim di Malaysia dengan melancarkan video klip hari raya yang pertama pada hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=tpFNb97TJlc

“Satu Jalan, Satu Impian”

David Holl dari Mary Kay Inc. Dinamakan Di Antara Sepuluh Ketua Pegawai Eksekutif Paling Berwibawa di Dunia, Menurut Reputation Institute

Kajian CEO RepTrak® yang kedua, yang dilakukan oleh Reputation Institute, menyatakan bertindak secara bertanggungjawab, berkelakuan secara beretika, dan mempedulikan terhadap isu-isu sosial adalah pemacu yang paling penting di dalam reputasi Ketua Pegawai Eksekutif

DALLAS, 23 Mei (Bernama) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat kecantikan global, hari ini mengumumkan bahawa Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif David Holl adalah di antara 10 ketua eksekutif yang paling berwibawa di dunia menurut CEO RepTrak 2019 oleh Reputation Institute. Reputation Institute, penyedia terkemuka dunia bagi pengukuran reputasi, telah mengukur reputasi bagi lebih daripada 140 ketua pegawai eksekutif di dunia dan berusaha mendapatkan lebih daripada 230,000 penilaian individu di kalangan orang awam yang berpengetahuan. Kajian itu telah dijalankan pada Januari dan Februari tahun ini.

“Kepimpinan dan kepakaran kendalian David sejak dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2006 telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Mary Kay,” kata Richard R. Rogers, anak kepada Mary Kay Ash, pengasas bersama dan Pengerusi Eksekutif bagi Lembaga itu. “Mary Kay adalah sebuah jenama yang dilahirkan dengan tujuan, dan komitmen David yang teguh pada nilai-nilai pengasas kita telah menjadikan beliau seorang ketua pegawai eksekutif dan pemimpin yang benar-benar luar biasa.”

Kerjasama Akuakultur Laut dan Rumpai Laut bagi China-ASEAN

BANDAR RAYA ZHU HAI, China, 23 Mei (Bernama) -- Dari 17 Mei hingga 18 Mei, 2019, “Pusat China-ASEAN untuk Penyelidikan Bersama dan Penggalakan Teknologi Akuakultur Laut” dan “Bahagian Rumpai Laut China bagi Kerjasama Sains & Teknologi Antarabangsa” yang diwujudkan oleh Sun Yat-sen University dan Ocean University of China telah mengadakan Forum Pembangunan Industri Marikultur Pembangunan bagi China-ASEAN dan “Bengkel Kerjasama Rumpai Laut” di Zhuhai, China.

39 orang wakil antarabangsa dari 28 badan dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja dan negara-negara ASEAN yang lain dan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), Rangkaian Pendidikan Perikanan ASEAN (ASEAN-FEN), Rangkaian Pusat Akuakultur Asia Pasifik (NACA), dan lebih daripada 300 orang wakil dari 100 unit pendidikan, saintifik dan korporat di China telah menghadiri persidangan ini.

Berita Palsu Mengenai Jangkitan Monkeypox Menular Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada berita yang tular melalui media sosial mengenai kejadian monkeypox yang didakwa berlaku di Johor dan Kuala Lumpur. Untuk makluman sehingga kini, tiada kes monkeypox dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia. Melalui laporan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes monkeypox terkini yang dilaporkan adalah di Singapura pada 9 Mei 2019 lalu, di mana ianya hanya melibatkan seorang warganegara Nigeria yang datang ke Singapura pada 28 April 2019 bagi menghadiri bengkel. Ia merupakan kes pertama dilaporkan di Asia. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan ketat telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Singapura bagi mengurangkan risiko penularan penyakit tersebut, termasuk kuarantin ke atas 23 orang yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes bagi pemantauan status kesihatan mereka. Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Singapura menjadi kontak kepada kes monkeypox itu.

Virus monkeypox ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. Virus ini boleh disebarkan melalui titisan pernafasan. Virus monkeypoxini juga boleh disebarkan melalui kontak langsung dengan cecair badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian. Tempoh inkubasi biasanya antara 6 hingga 21 hari. Pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu. Tanda dan gejala jangkitan adalah demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain. Tiada rawatan atau vaksin khusus untuk jangkitan monkeypox. Kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad.

Keuntungan Bersih UMW Holdings Meningkat Sebanyak 16.8% kepada RM86.5 juta untuk 1Q19; ketiga-tiga Segmen Perniagaan Teras Mencatat Keuntungan Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan UMW Holdings Berhad daripada Operasi Berterusan meningkat sebanyak 14.9% kepada RM2,774.8 juta, disumbangkan oleh peningkatan prestasi daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras. Segmen Automotif mencatatkan jualan kenderaan yang lebih tinggi bagi suku pertama untuk 2019, manakala peningkatan jualan bagi perniagaan jentera berat merangsang prestasi baik segmen Jentera. Selain itu, segmen Pembuatan dan Kejuruteraan mencapai pertumbuhan keuntungan yang memberangsangkan, hasil daripada penambahan penghantaran selongsong kipas kepada Rolls-Royce, selain daripada jualan yang lebih baik dalam perniagaan komponen auto. Keuntungan sebelum cukai (PBT) UMW daripada Operasi Berterusan berkurang kepada RM140.7 juta bagi suku pertama tahun ini disebabkan oleh susut nilai yang lebih tinggi daripada kilang pemasangan baharu di Bukit Raja, tambahan dengan margin yang lebih rendah bagi segmen Jentera. Keuntungan bersih Kumpulan melonjak kepada RM 86.5 juta bagi suku pertama 2019 berbanding RM74.1 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun sebelumnya, kesan daripada pengurangan signifikan bagi kerugian dalam segmen Operasi Minyak & Gas Tidak Tersenarai.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, “Selaras dengan keputusan strategik Kumpulan untuk kembali fokus kepada tiga perniagaan teras utama, kami telah mula menunjukkan manfaat daripada inisiatif yang diambil bagi tahun ini. Kami akan terus mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran automotif, terutamanya dengan permulaan operasi kilang pemasangan kami yang baharu. Sejak pengeluaran komersial bermula Januari lepas, kami telah berjaya memperkenal dua model serba baharu iaitu Toyota Vios dan Toyota Yaris dengan kandungan tempatan tinggi supaya lebih berdaya saing dalam pasaran. Penerusan semula projek-projek infrastruktur utama dijangka akan meningkatkan keyakinan daripada penambahan permintaan bagi segmen Jentera. Bagi segmen M&E, KYB-UMW akan memulakan aktiviti pemodenan kilang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sementara kami meneruskan peningkatan pengeluaran selongsong kipas untuk Rolls-Royce. Kami juga percaya akan potensi untuk menembusi lebih banyak lagi pasaran ASEAN bagi jenama minyak tersendiri iaitu Grantt. Walaupun dengan ketidakpastian dalam ekonomi global hasil daripada ketegangan perdagangan serta pergerakan kadar pertukaran, Kumpulan akan meneruskan usaha dan initiatif untuk memperbaik prestasi perniagaan dan operasi pengeluaran. Secara keseluruhannya, kami yakin Kumpulan berada di landasan yang kukuh untuk menghasilkan nilai mampan bagi pemegang-pemegang saham.”

Fusionex Meningkatkan Hasil untuk Pengilang Multinasional dengan Penyelesaian IR 4.0

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei (Bernama) -- Fusionex, sebuah penyedia teknologi data terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah di dalam teknologi Analisis Data Besar (BDA), Kecerdasan Buatan (AI) dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 telah meraih sebuah kontrak bernilai berjuta-juta dolar untuk meningkatkan daya pengeluaran dan hasil pengeluaran bagi sebuah pengeluar besar melalui penggunaan teknologi IR 4.0.

Ditubuhkan empat dekad yang lalu, pelanggan itu menggunakan 10,000 orang pekerja dan mempunyai perolehan tahunan bernilai berbilion dolar. Dalam usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan operasi selanjutnya, Fusionex akan menyediakan kepada pelanggan itu dengan platform Analisis Data Besar, AI dan Kecerdasan Berterusan untuk mengumpul, menyimpan, memantau, dan mengambil tindakan ke atas pandangan yang diperolehi daripada data pengeluaran dari kilang dan loji mereka secara 24/7.

PAAB Agih Sumbangan RM40,000 Sepanjang Ramadan 2019

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan memperuntukkan RM40,000.00 bagi mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini. Peruntukkan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik sepanjang bulan puasa ini.

Pada Majlis Penyerahan Zakat Dan Sumbangan PAAB Prihatin “Oh Seronoknya Raya 2019!” di ibu negara, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah bersama Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hadi Ali menyerahkan sumbangan Zakat PAAB berjumlah RM5,000.00 dan sumbangan barangan elektrik kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh, Keramat AU3.