Kerajaan peruntuk RM10,000 kepada setiap MPKKP di Kelantan [ 38m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

ViaBTC Memiliki Saham Terbesar dalam BSV Mining, Menyokong "Pertukaran Satu Klik" dan Menawarkan 0 Kadar dan Perkongsian Ganjaran BSV Mining

SINGAPURA, 17 Jan (Bernama) -- Menurut CoinEx, BSV melonjak 321% dalam tempoh masa satu minggu. Pasaran itu menjangkakan bahawa BSV akan mengetuai trend pemisahan kepada separuh pada tahun 2020, dengan melonjakkan nilai bagi token-token lain yang terlibat dalam pemisahan kepada separuh itu.

Sehingga 15 Januari 2020, berdasarkan kepada data 15 Jan oleh miningpoolstats (https://miningpoolstats.stream/), BSV ViaBTC yang paling tinggi mencapai 717.52PH/s, iaitu mencakupi 54.8% daripada kadar hash iaitu ukuran bagi prestasi pelombong bagi keseluruhan rangkaian BSV, dan sejumlah 40,000 syiling BSV telah dilombong, menjadikannya kelompok perlombongan dengan kadar hash yang paling tinggi.

Kesiapsiagaan Dan Respons KKM Dalam Menghadapi Potensi Penularan Novel Coronavirus, Wuhan, China

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak novel coronavirus yang dilaporkan di Wuhan, China.

Pada 31 Disember 2019 yang lalu, pihak berkuasa China telah melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, melibatkan masyarakat setempat di Wuhan, China. Pihak berkuasa China juga telah melaporkan kepada WHO pada 5 Januari 2020 bahawa jangkitan tersebut bukanlah jangkitan influenza, avian flu, adenovirus, Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) ataupun Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

LEGO® Education Merayakan 40 Tahun dalam Mentafsirkan Semula secara Imaginatif Cara Kanak-kanak Belajar Dengan Penyelesaian Pembelajaran STEAM secara Amali yang Baharu

Penyelesaian LEGO® Education SPIKE™ Prime yang baharu untuk sekolah menengah sekarang boleh diperolehi; aplikasi dibuka untuk Program Pendidik Master LEGO Education 2020

BILLUND, Denmark, 15 Jan (Bernama) -- LEGO® Education merayakan ulang tahun mereka ke-40 dengan pelancaran di seluruh dunia bagi penyelesaian pendidikan mereka yang terbaru, LEGO® Education SPIKE™ Prime. SPIKE Prime menyatukan batu bata LEGO, sebuah Hab pelbagai port, sensor dan motor yang boleh diatur cara, kesemuanya dikuasakan oleh aplikasi SPIKE yang terlibat pada bahasa pengekodan Scratch, bersama-sama dengan 32 rancangan pelajaran. SPIKE Prime akan meneruskan legasi LEGO Education sejak tahun 1980 sebagai sebuah perintis di dalam pembelajaran secara amali, dengan mengubah cara pelajar mempelajari mata pelajaran STEAM.

Sejak pelancarannya pada April 2019, LEGO Education SPIKE Prime telah menjadi produk yang paling dinanti-nantikan dari LEGO Education. SPIKE Prime menyampaikan suatu pengalaman pembelajaran yang intuitif, mudah suai secara semulajadi dan sangat inklusif yang membantu pelajar membina keyakinan dan membangunkan kemahiran STEAM dan abad ke-21 yang penting yang mereka perlukan untuk berjaya di dalam sebuah tenaga kerja yang pesat berubah. LEGO Education SPIKE Prime boleh dibeli mulai hari ini dengan harga $329.95, dan akan dipaparkan di Bett Show di London pada 22 hingga 25 Januari.

LHDNM Belajar Daripada Orang Kanan Tencent

GEORGETOWN, 15 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menjemput Encik Lau Seng Yee atau SY LAU yang merupakan Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent merangkap Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad ke Persidangan Pengarah-Pengarah LHDNM Bilangan 1/2020 untuk sesi perkongsian ilmu pada 14 Januari 2020 di Hotel The Wembley, Pulau Pinang.

SY Lau yang merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima anugerah ‘Global Media Person of The Year’ oleh Cannes Lions pada tahun 2015 telah dijemput berkongsi pengalaman serta kejayaan dalam penggunaan teknologi untuk kebaikan dan kelestarian manusia sejagat. Tencent adalah sebuah syarikat teknologi gergasi yang bertempat di China yang telah memperkenalkan aplikasi media sosial iaitu WeChat. Beliau juga aktif menyampaikan ceramah dalam forum-forum antarabangsa seperti PBB, UNESCO, Forum IMF dan pelbagai lagi.

Situasi semasa kejadian jangkitan influenza di Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai berita-berita yang tular di kalangan pengguna media sosial di Malaysia mengenai kejadian jangkitan influenza. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 telah memaklumkan bahawa jangkitan influenza tidak termasuk di bawah senarai penyakit berjangkit yang wajib dilaporkan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun, KKM sentiasa memantau trend aktiviti influenza dan kejadian wabak berkaitannya melalui sistem pelaporan sedia ada daripada lokasi-lokasi sentinel yang telah dikenalpasti di seluruh negara.

KKM ingin memaklumkan status satu (1) kes kematian kanak-kanak yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu seperti yang dilaporkan oleh pihak media pada 13 Januari 2020. Pesakit telah dirujuk kepada HSA daripada sebuah hospital swasta pada 10 Januari 2020 dalam keadaan yang sangat kritikal. Beliau telah menerima bantuan pernafasan dan rawatan rapi oleh pasukan perubatan yang diketuai pakar-pakar perubatan pediatrik. Namun keadaan pesakit semakin tenat dan beliau telah disahkan meninggal dunia pada 13 Januari 2020 jam 10.48 malam. Ujian sampel klinikal kanak-kanak ini adalah negatif bagi jangkitan influenza. Punca kematiannya masih dalam siasatan. Pihak Kementerian juga mengambil maklum mengenai satu (1) kes kematian kanak-kanak yang dilaporkan oleh pihak media pada 12 Januari 2020 yang dikaitkan dengan influenza. Berdasarkan laporan awal yang diterima, pesakit telah dibawa oleh ibu bapa beliau ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital swasta di Selangor pada 11 Januari 2020 dalam keadaan yang kritikal. Pesakit telah meninggal dunia pada 12 Januari 2020 dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian. KKM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua kanak-kanak terbabit.

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Pembekalan Vaksin Influenza dan Ubat Antiviral Oseltamivir

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memperjelaskan tentang pembekalan vaksin influenza dan ubat antiviral Oseltamivir berikutan makluman awal yang telah diberikan sebelum ini.

Vaksin influenza diberikan sebagai langkah pencegahan untuk memberi perlindungan kepada individu daripada dijangkiti virus influenza. Vaksin influenza hanya ditawarkan di fasiliti KKM sebagai sebahagian daripada regimen rawatan golongan pesakit yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan termasuk kematian apabila dijangkiti virus influenza dan pemberiannya adalah berdasarkan kepada penilaian klinikal daripada pakar yang merawat pesakit tersebut. Vaksin ini juga turut diberikan kepada golongan anggota barisan hadapan KKM yang terdedah kepada jangkitan semasa mengendalikan pesakit. Orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin influenza boleh mendapatkan suntikan tersebut di fasiliti kesihatan swasta.

Tommy Hilfiger Mengumumkan Finalis Usahawan Sosial Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger

AMSTERDAM, 13 Jan (Bernama) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan enam finalis di dalam Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger 2019. Kini dalam tahun kedua mereka, program global itu bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan keusahawanan dan meningkat naik membangunkan penyelesaian yang menggalakkan perubahan inklusif dan positif di dalam fesyen. Pemilihan finalis adalah satu langkah yang seterusnya di dalam perjalanan untuk mengenal pasti dan memperjuangkan peluang-peluang inovatif yang menyokong kemajuan bagi industri itu. Pada 13 Februari, 2020, enam finalis itu akan melawat Campus of the Future Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda, untuk mengetengahkan konsep perniagaan mereka kepada barisan juri yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin perniagaan dan kemapanan dalaman dan luaran pada Acara Akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger global.

“Adalah suatu inspirasi untuk melihat edisi kedua bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger menarik minat begitu banyak pemohon yang berusaha ke arah sebuah landskap fesyen yang lebih inklusif dan mapan,” kata Tommy Hilfiger. “Kami adalah komited untuk memperjuangkan penyelesaian yang gemilang dan berinovatif kepada beberapa cabaran besar bagi industri kami, dan saya tidak sabar untuk kembali sebagai seorang juri untuk mengiktiraf usahawan untuk tahun ini. Sikap optimis dan komitmen mereka yang dikongsi bersama kepada satu masa depan yang positif harus memberikan inspirasi kepada kita semua dalam impak yang boleh kita lakukan bersama.”