Warga emas rugi RM67,000 ditipu polis palsu [ 1m ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Tebus Mata Ganjaran Mesra Dengan Setel Bila-Bila Masa, Di Mana Jua!

Tebus Mata Ganjaran Mesra Untuk Minyak Dengan Setel

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Setel – aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia - terus menaik taraf keselesaan pelanggan dengan memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra.

Setel memberi pengalaman pembelian bahan api yang mudah, lancar dan lengkap yang direka khas dan diintegrasikan terus ke pam bahan api. Peningkatan fungsi penebusan mata ganjaran tersebut merupakan langkah lanjut Setel untuk mengintegrasikan aspek-aspek pengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal. Dengan ciri baharu ini, ia sekaligus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen PETRONAS.

Produk Tidak Berdaftar dan Kosmetik Tidak Bernotifikasi Yang Menyalahi Undang-undang Dirampas

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah berjaya merampas beberapa jenis produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai hampir RM200 ribu dalam satu operasi yang dijalankan serentak pada 1 Ogos 2019 di tiga buah premis iaitu masing-masing di Ipoh, Seri Manjung dan Lumut.

Maklumat awal berkaitan penjualan produk-produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi ini telah dikesan melalui aktiviti pemantauan di media sosial yang dijalankan oleh pihak CPF Negeri. Risikan terhadap maklumat awal ini menunjukkan suspek memiliki 3 premis yang menjalankan aktiviti jualan tersebut. Semua premis berkaitan merupakan salah satu rangkaian pengedar terbesar bagi produk-produk tersebut di sekitar negeri Perak.

Project Management Institute Melebihi Matlamat Ikrar, Meraikan 100,000 Jam Yang Disumbangkan Secara Sukarela Di Peringkat Global Sebagai Memperingati Ulang Tahun Ke-50

PHILADELPHIA, 14 Ogos (Bernama) -- Project Management Institute (PMI) dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menggandakan matlamat ikrar asal mereka dan pemegang kepentingan mereka telah berikrar untuk menyumbangkan 100,000 jam secara sukarela bagi memajukan sebab-sebab yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mapan PBB (SDG). Sebagai sebahagian daripada Sambutan bagi Perkhidmatan Global setahun organisasi itu, kalangan profesional dari seluruh pelusuk dunia menyumbangkan kepakaran pengurusan projek mereka bagi membolehkan organisasi tempatan dan memperkuatkan komuniti mereka.

Matlamat ikrar PMI untuk Hari Ulang Tahun ke-50 dan Sambutan bagi Perkhidmatan Global mereka adalah merupakan sebahagian daripada pengembangan keseluruhan bagi kempen Made Possible oleh persatuan itu yang memanfaatkan minat profesional projek di seluruh dunia bagi memacukan perubahan sosial. Pada mula dilancarkan pada musim luruh tahun 2018, Made Possible ditumpukan kepada melibatkan pihak berkepentingan PMI yang pelbagai – dari ahli-ahli dan pemegang surat tauliah, kepada pemimpin cawangan dan sukarelawan – dan pihak lain yang berminat untuk melakukan perbezaan, menghimpunkan mereka dengan satu visi bersama untuk membuat impak yang positif kepada masyarakat.

Triton Digital Adalah Satu Daripada Yang Pertama Untuk Menerima Tanda Pematuhan Pengukuran Audio Siar IAB Tech Lab

NEW YORK, 14 Ogos (Bernama) -- Triton Digital®, pemimpin teknologi dan perkhidmatan global kepada industri audio dan audio siar digital, hari ini mengumumkan bahawa ia adalah di antara syarikat pertama yang memperolehi pengesahan Pematuhan Pengukuran Audio Siar IAB Tech Lab.

Podcast Metrics Triton adalah sebuah alat yang berkuasa untuk menganalisis bagaimana, bila dan di mana kandungan audio siar digunakan merentasi pelbagai platform hos, dengan keupayaan untuk melihat metrik mengikut julat tarikh, lokasi, peranti, nama audio siar, episod, tajuk dan banyak lagi.

Dongguan, Sebuah Kluster Inovasi Melihat Kemasukan Gergasi-gergasi Teknologi

DONGGUAN, China, 14 Ogos (Bernama) -- Dari 9 Ogos hingga 11 Ogos, tokoh-tokoh utama di dalam industri teknologi termasuk Yu Chengdong, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei dan Hu Yu, Pengerusi di IFLYTEK, bersama-sama dengan 6,000 pemaju telah bertemu di Dongguan, untuk Persidangan Pemaju Huawei 2019 bagi membincangkan mengenai industri terminal, aplikasi global dan pembangunan teknologi 5G dan pembinaan sebuah ekosistem perindustrian global. Persidangan itu telah berlangsung di Tasik Songshan, sebuah kawasan berteknologi tinggi dengan pemandangan semulajadi yang indah. Orang yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pentadbiran Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Tasik Songshan  berkata Dongguan bakal menerima lebih banyak perusahaan teknologi, bakat dan pembawa inovatif termaju dengan keupayaan mereka yang semakin berkembang bagi mengeramkan syarikat-syarikat inovatif dan persekitaran perniagaan yang unggul.

Dongguan cemerlang di dalam mengkomersialkan kejayaan saintifik dan teknologi, dengan satu rantaian industri yang lengkap, juruteknik mahir yang mencukupi dan kos tanah yang rendah yang relevan yang meningkatkan kecekapan bagi industrialisasi dan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan oleh itu menjadikan syarikat dan produk lebih berdaya saing.

Berkshire Hathaway Specialty Insurance Meningkatkan Insurans Liabiliti Pertama Eksekutif D&O di Asia

BOSTON & HONG KONG & SINGAPURA, 13 Ogos (Bernama) -- Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mempertingkatkan Insurans Liabiliti Pertama Eksekutif Asia Pengarah & Pegawai (D&O) untuk memasukkan satu peruntukan utama pasaran yang mengembalikan semula had polisi yang dibebankan oleh entiti atau oleh individu yang dilindungi.

“Penyiasatan kawal selia korporat telah menjadi lebih disasarkan dan agresif. Ketika agensi-agensi penguatkuasaan mempertajamkan tumpuan mereka, kita boleh menjangkakan untuk melihat penyiasatan yang lebih mendalam dan lebih mahal, yang sering kali melibatkan pelbagai individu,” kata Patrick Ko, Ketua bagi Barisan Eksekutif & Profesional, BHSI, Hong Kong. “Pengembalian semula secara automatik kami terhadap peruntukan had memberi keyakinan kepada pengambil insurans bahawa liputan akan ada ketika mereka memerlukannya.”

Project Management Institute Mengumumkan Pengambilalihan Disciplined Agile

PHILADELPHIA, 13 Ogos (Bernama) -- Project Management Institute (PMI), persatuan keahlian terkemuka dunia yang tidak mencari keuntungan bagi profesion pengurusan projek, hari ini mengumumkan pengambilalihan Disciplined Agile (DA). Set peralatan DA adalah satu-satunya badan pengetahuan (BOK) tangkas yang komprehensif di dunia yang menyediakan panduan yang jelas dan mudah dan praktikal untuk membantu individu, pasukan dan perusahaan memilih “cara bekerja” mereka dalam satu cara konteks yang khusus. Prinsip-prinsip utama bagi DA termasuk berpusatkan pelanggan, menjadi pragmatik berbanding dengan puris, menyediakan pelbagai pilihan yang tangkas dan pejal, menerapkan amalan berdasarkan konteks, dan mengoptimumkan aliran merentasi keseluruhan perusahaan. Menggunakan set peralatan DA membolehkan organisasi untuk menyesuaikan sebarang kaedah atau rangka kerja – seperti tradisional, Skrum, atau SAFe – untuk memacukan hasil yang membezakan mereka daripada pesaing mereka.

Gabungan bagi kedua-dua buah organisasi ini menawarkan satu nilai saranan yang unik dan tiada tandingannya kepada pihak berkepentingan yang komited untuk meningkatkan ketangkasan peribadi, pasukan dan perusahaan mereka.