Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 2h ago ]

Senarai Berita SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Penjagaan Kesihatan Ketika Banjir

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- ?Kementerian Kesihatan mengambil maklum bahawa kejadian banjir telah melanda dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu di Terengganu dan Kelantan sejak dari 30 September 2019. Pada 2 Disember 2019, sehingga jam 7 malam, sebanyak tiga (3) buah negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Terengganu dan Johor melibatkan sembilan (9) daerah di Kelantan, tujuh (7) daerah di Terengganu dan satu (1) daerah di Johor.

Sebanyak 33 buah fasiliti kesihatan terjejas banjir iaitu 28 buah fasiliti kesihatan di Kelantan dan lima (5) buah fasiliti kesihatan di Terengganu. Daripada jumlah itu 21 buah fasiliti kesihatan terputus hubungan, lima (5) buah dinaiki air dalam fasiliti kesihatan dan tujuh (7) buah fasiliti kesihatan yang mengalami kenaikan air di luar fasiliti kesihatan. Operasi fasiliti kesihatan yang dinaiki air dipindahkan ke fasiliti kesihatan yang berhampiran dan masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Peserta Industri Penjagaan Kesihatan Taiwan Teroka Peluang di Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Dis (Bernama) -- Delegasi dari 7 penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang unggul dari Taiwan berjumpa dengan rakan sejawat mereka di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2 Disember untuk mempromosi khidmat rawatan Taiwan di pasaran antarabangsa. Antara peserta industri utama dari Malaysia termasuk Apex Pharmacy, Healol Pharmaceuticals, Country Heights Health Tourism.

Acara ini dianjurkan oleh Biro Perdagangan Luar Negeri Taiwan (MOEA) dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA). Pelbagai produk rawatan canggih dan teknologi dari Taiwan yang dipaparkan semasa sesi perangkaian ini termasuk rawatan anti-penuaan dengan menggunakan terapi sel, pemeriksaan kesihatan yang direka untuk meningkatkan pengurusan kesihatan peribadi, ujian genetik khusus, teknologi pemindahan rambut secara pengekstrakan folikel, pembedahan katarak tanpa bilah, pembedahan estetik dan plastik okular, dan lain-lain perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Berkshire Hathaway Specialty Insurance Lancar Insurans Jenayah Komersial di Asia

BOSTON & HONG KONG, 2 Dis (Bernama) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan Insurans Jenayah Komersial di Asia, satu dasar baharu yang direka untuk membantu syarikat-syarikat menangani pendedahan bagi sebuah landskap penipuan yang berubah-ubah.

“Penipuan korporat sekarang menjadi semakin canggih ketika teknologi semakin maju pada satu kadar yang pesat merentasi seluruh dunia. Syarikat-syarikat kini menghadapi ancaman baharu dan dipertanggungjawabkan dengan melindungi aset tradisional dan digital,” kata Scotland Walsh-Riddle, Ketua bagi Eksekutif & Talian Profesional, BHSI Asia. “Dasar kami adalah perlindungan penting bagi kunci kira-kira sesebuah syarikat dengan menginsuranskan terhadap kerugian yang berbangkit daripada pelbagai ancaman dan memberikan sokongan untuk menyiasat punca sesuatu kerugian.”

NETS dan PayNet bersama-sama melancarkan pembayaran rentas sempadan masa nyata di Singapura dan Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Network for Electronic Transfers (NETS) dan penyedia infrastruktur pusat untuk perkhidmatan pembayaran di Malaysia, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) secara rasmi telah melancarkan penggunaan dan penerimaan kad ATM NETS Singapura secara waktu sebenar di Malaysia dan kad ATM MyDebit Malaysia di Singapura pada 28 November 2019.

Pada April 2019, satu kenyataan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Encik Lee Hsien Loong di Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang ke-sembilan telah menzahirkan matlamat membolehkan penerimaan kad debit domestik rentas sempadan Malaysia dan Singapura. Dengan pelancaran tersebut, matlamat ini kini telah direalisasi.

PCG Be Green Kertih Menarik Ratusan Peserta Bagi Menyertai Aktiviti Pembersihan Pantai Paka

PAKA, Terengganu, 2 Dis (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) dengan kerjasama Yayasan PETRONAS membawa aktiviti pembersihan pantai ke Pantai Paka di Dungun sempena program akhir PCG Be Green 2019.

Program tahunan ini yang bermula sejak tahun 2013, merupakan sebuah program kesedaran pemuliharaan alam dan pengunaan plastik secara berhemah yang dijalankan dengan usahasama Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA).

Kenyataan Berhubung Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan terbaik yang menjurus ke arah kesejahteraan rakyat. Sehubungan dengan ini, KKM ingin merujuk kepada artikel yang disiarkan pada 29 November 2019 bertajuk MMA slams proposed fine, jail for doctors refusing to give prescription slips di laman sesawang Free Malaysia Today (FMT) dan beberapa laporan lain berkaitan perkara yang sama.

Berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa pengamal perubatan akan terus dikenakan hukuman penjara sekiranya tidak mengeluarkan preskripsi atas permintaan pesakit, KKM ingin menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar. Sebelum satu preskripsi boleh dikeluarkan , pesakit mesti terlebih dahulu menjalani sesi konsultasi dengan seorang pengamal perubatan berdaftar. Konsultasi merupakan asas untuk preskripsi dikeluarkan kepada pesakit. Ini bermaksud pesakit tidak sewenang-wenangnya boleh berjumpa dengan pengamal perubatan berdaftar dan menuntut apa jua preskripsi dikeluarkan.

AGROBANK Menjadi Tarikan Usahawan Tani Di Sambutan HPPNK 2019

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ruang pameran Agrobank sempena sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Angsana Johor Bahru Mall, Johor, menjadi tumpuan agropreneur dan usahawan tani negara.

Sambutan HPPNK 2019 itu dirasmikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri pada Khamis.