UM perjelas punca halang graduan perakaunan sertai konvokesyen [ 9h ago ]

Laman Utama RENCANA

DPN Tingkatkan Daya Saing Negara Dalam Dunia Logistik

Oleh Ali Imran Mohd Noordin

Artikel ini bersempena pelancaran Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 pada 17  Okt.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pelancaran Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019 - 2030 yang dijadualkan berlangsung esok akan menyaksikan dasar pengangkutan yang menggabungkan laluan darat, udara dan laut dalam satu dokumen yang diharap bakal melincirkan aliran penumpang dan barangan di negara ini.

Dengan populasi 32.58 juta penduduk, Malaysia kini memiliki jaringan jalan raya lebih 200,000 kilometer, liputan landasan rel sepanjang 2,900 kilometer, 18 pelabuhan dan 22 lapangan terbang.

Justeru,  setiap mod pengangkutan iaitu jalan raya, rel, udara dan air yang saling bersambung, amat penting dalam memastikan pengguna dan industri mendapat capaian kepada mod pengangkutan yang diperlukan seterusnya mendapat manfaat daripada semua infrastruktur yang telah disediakan.

21jam lalu

Tajuk Berita Terkini

'PELUANG KEDUA' DI KUALA GANDAH

PERTANDINGAN BELIA N9 PLATFORM PUPUK PERPADUAN

STATUS MUZIUM ALAM SEMULAJADI, MASALAH MUFLIS, KERETA TERBANG FOKUS DEWAN RAKYAT

LAGI Berita

       Terkini

Sengsara Hidup Kerana Artritis

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

(Artikel ini bersempena sambutan Hari Arthritis Sedunia pada Sabtu, 12 Okt)

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ia berlaku secara tiba-tiba. Suatu pagi sekitar tahun 2006, Lokasundari Vijaya Sankar, bekas pensyarah dari Petaling Jaya, tersedar dari tidur dan berasa seluruh tubuhnya sakit dan kejang.

Dia tidak dapat bergerak. Pada hari kejadian, untuk ke bilik air sekali pun beliau mengambil masa yang sangat lama.

Jauh di benak hatinya, beliau sudah dapat menggagak punca kesakitan dirinya itu. Dua tahun lepas,  Lokasundari pernah diuji positif Reumatoid.

Dasar Inklusif, Peluang Saksama Untuk Pelajar OKU

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kekurangan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah antara punca kebanyakan institusi pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta sukar untuk menerima kemasukan pelajar golongan itu. 

Menurut Dr Ruzita Mohd Amin, Profesor Ekonomi yang juga Ketua Unit Perkhidmatan OKU (DSU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kebimbangan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar OKU bagaimanapun tanpa disedari menafikan hak mereka untuk menempatkan diri ke menara gading lebih-lebih lagi di universiti pilihan. 

“Disebabkan alasan itu, kita seolah-olah tidak memberi peluang yang saksama kepada pelajar OKU. 

       Berita Utama Terdahulu