malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita RENCANA

 
 

'Fabric Paper Doll': Indahnya Busana Tradisional Malaysia

Oleh Erda Khursyiah Basir

 

JOHOR BAHRU (Bernama) -- Dengan hanya menggunakan kain perca sebagai bahan utama busana, siapa sangka daya kreatif ini mampu menghasilkan produk kraf patung kertas yang cukup cantik dan menarik!

Hebat dengan ciri busana tradisional Melayu, patung kertas fabrik atau ‘fabric paper doll’ itu ternyata berjaya menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya. 

Bagi pengusaha kraftangan ini, segalanya bermula daripada hobi melukis dan gemar melihat pakaian serta perhiasan tradisional Melayu seperti baju kebaya, tanjak dan cucuk sanggul.

 

Mesin Pengimbas PET-CT Kerjasama PNB Dengan IJN

Oleh Norhayati Mohd Akhir

 

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Institut Jantung Negara (IJN) kini mempunyai mesin pengimbas PET (positron emission tomography) Tomografi Berkomputer (CT) atau PET-CT untuk membolehkan pesakit mendapatkan resolusi tepat jantung.

Menurut perunding kardiologi IJN, Datuk Dr Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof, mesin berkenaan adalah sumbangan Permodalan Nasional Bhd (PNB) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu.

“Kerjasama terjalin lagi dengan PNB sehingga membolehkan IJN memiliki mesin pengimbas PET-CT yang dapat menjana imej yang lebih tepat dan lebih mendalam ke atas organ yang disasarkan.

“Dalam hal ini IJN sudah tentu mahu menawarkan rawatan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetetif,” kata Dr Ahmad Khairuddin dalam wawancara  eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.

 

Isu Hangat Kualiti Susu Yang Rendah Di India

Oleh Shakir Husain

Pewarta Bernama di New Delhi, Shakir Husain berkongsi perkembangan di ibu negara India.

 

NEW DELHI (Bernama) -- Sebuah syarikat yang mengeluarkan jenama susu terbaharu di India memperlekehkan syarikat pengeluar susu lain melalui iklan yang terpampang di dada-dada akhbar mengenai mutu susu keluarannya.

Pengeluar susu itu mendakwa masyarakat pengguna di India minum susu “palsu” dan berjanji produk syarikat berkenaan adalah asli.

Sama ada pengguna menerima bulat-bulat kempen pemasaran jenama baharu itu atau pun tidak, memang boleh dibahaskan. Namun apa yang tidak perlu dipersoalkan ialah susu dan produk tenusu di India sememangnya rendah kualiti.

 

Tolak Sengketa Demi Perpaduan

Oleh Nur-ul Afida Kamaludin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hidup harmoni serta saling bantu membantu merupakan elemen yang sudah sebati dengan rakyat Malaysia.

Inilah amalan yang bukan sahaja dipraktikkan sewaktu menuntut kemerdekaan, bahkan diteruskan dari satu generasi ke generasi lain.

Sebenarnya, rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan saling bantu membantu.

 

Mengendali Buaya Jadi Sumber Rezeki

Oleh Hamdan Ismail

 

LANGKAWI (Bernama) -- Ibu dan isterinya bukan sahaja terkejut malah bertanya jika beliau sudah gila apabila menyatakan hasratnya merantau ke Malaysia untuk bekerja melatih buaya.

Namun Aungkya W Zhaw, 34, nekad lalu meninggalkan keluarga dan kampung halamannya di Myanmar kira-kira 10 tahun lalu, semata-mata untuk bekerja mengendali buaya di negara ini.

Mesra dengan panggilan Zhaw, beliau adalah antara enam pengendali buaya yang bekerja di Crocodile Adventureland Langkawi, sebuah taman buaya di Jalan Teluk Datai di sini.

 

Semangat Perpaduan Bantu Warga Emas

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) – Perpaduan kaum adalah keistimewaan dan keindahan Malaysia yang dikagumi masyarakat luar.

Hakikat ini terserlah dalam kisah yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Ia mengenai seorang wanita warga emas yang sarat menjinjing beg plastik besar di kedua-dua tangannya berjalan dengan langkah yang perlahan di tepi Jalan Tun Razak berhampiran sebuah stesen minyak. 

 

Bekas Wartawan Layari Babak Baharu Kehidupan

Oleh Norul Akma Mohd Zain

GEORGE TOWN (Bernama) -- Berpanas, berhujan, mengembara, berdepan bencana alam mahupun kemalangan, adalah antara rencah kehidupan harian seorang wartawan.

Itu belum lagi dikira kemungkinan berhadapan risiko di saman.

Namun, di sebalik pelbagai cabaran tugas yang digalas, kepuasan yang tidak terhingga dirasakan apabila hasil penulisan dapat membawa perubahan positif terhadap masyarakat dan pembangunan negara.