Penerbangan pertama Ipoh-Guangzhou pada 27 Nov ini [ 25m ago ]

Senarai Berita RENCANA

Kayuhan Basikal Bukit Rentas Usia

Oleh Shahrizan Jefri Aziz

SUNGAI BULUH (Bernama) -- Sememangnyalah saya amat kagum apabila melihat Abang  Zaidi dan Abang Mat mengayuh basikal mendaki bukit yang tinggi dan menuruni laluan yang curam di kawasan ladang kelapa sawit itu.

Manakan tidak, Abang Zaidi yang nama penuhnya Abu Zaidi Abu Hassan dan Abang Mat, nama penuh Mohd Som Mahat, masing-masing berumur 60 tahun dan 61 tahun!

Saya yang masih dalam lingkungan 39 tahun pula termengah-mengah dan hanya mampu menolak basikal bukit KHS saya untuk mendaki bukit tersebut.

Raja Riza Semai Nilai Sukarelawan Sedari Kecil

Oleh Tengku Faezah Tengku Yusof

Datin Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah adalah seorang peguam dan memiliki firma guamannya sendiri sejak 14 tahun lalu. Memperoleh ijazah dalam Undang-Undang (LLB Hons) dari University Of Glamorgan Wales United Kingdom, pengkhususan dalam undang - undang Perbankan & Komersial dan Litigasi.

Beliau yang juga mempunyai kelayakan dalam Diploma In Syariah Legal practice dari IIUM ialah Naib Presiden II dan Penasihat Undang-Undang MERCY Malaysia dan tulang belakang dalam penubuhan MERCY Malaysia United Kingdom (MMUK).

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Seawal usia lima tahun Datin Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah tidak seperti kanak-kanak lain yang hanya tahu bermain dan bersuka ria sepanjang hari.

Sebaliknya zaman kanak-kanaknya dimanfaatkan mempelajari erti kerendahan hati dan ihsan. Minatnya melakukan kerja-kerja amal mula bercambah seperti menjual buah epal dari rumah ke rumah bagi tujuan kebajikan.

Anak tunggal kepada Dr Raja Badrul Shah Raja Shah Kobat dan Fara Majmin Datuk Abu Bakar ini dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di Ghent, Belgium, berikutan ayahnya menyambung pengajian dalam bidang pertanian peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) selama tujuh tahun sebelum kembali ke Malaysia ketika usianya semakin meningkat remaja.

Potensi Kinabatangan Perkasa Pelancongan Sabah

Oleh Rohana Nasrah

Wartawan Bernama di Kota Kinabalu, Sabah, Rohana Nasrah menyingkap kehidupan gajah di bumi Sabah serta kebimbangan ia akan pupus sekiranya tiada langkah tegas menangani perbuatan pemburu haram membunuh haiwan ini sesuka hati mereka.

Untuk bahagian akhir dari 5 bahagian ini, Rohana menelusuri Hilir Sungai Kinabatangan sejauh 10 kilometer untuk menyaksikan sendiri Gajah Pgymy Borneo dalam habitat semula jadi.

KOTA KINABALU (Bernama) --  Menyusuri Sungai Kinabatangan, tanpa menghiraukan ia "kediaman sang bedal" , semata-mata untuk memuaskan hati bagi menyaksikan sendiri spesies Gajah Pygmy Borneo, berkeliaran dalam habitat semula jadi.

Itulah yang penulis lakukan termasuk untuk mencari bahan bagi bahagian akhir rencana mengenai hidupan liar bumi Sabah ini yang mungkin pupus jika dibiar terus menjadi mangsa pemburuan haram!

Bermula dari Kampung Sukau, menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu jurugambar Bernama, Arjasneh Ahmad, destinasi yang dituju jeti Kampung Bilit yang terletak di hilir Sungai Kinabatangan. Perjalanan ini memakan masa kira-kira 20 minit.

Bolehkah Yoga Jadi 'Insulin' Baharu Kawal Diabetes?

Oleh Sankaran Subramaniam a/l Venkatachalam

Artikel ini bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada 14 Nov 2019

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Lazimnya doktor akan mengesyorkan beberapa jenis senaman kecergasan untuk membantu pesakit kencing manis.

Namun, Dr H. R. Nagendra yang merupakan perunding yoga kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, yakin bahawa suatu amalan India kuno, adalah rawatan yang sangat berkesan untuk mencegah dan menguruskan penyakit kencing manis.

Pakar yoga yang berusia 77 tahun berasal dari Bengaluru, negeri di selatan India, Karnataka itu berkata orang dari negara seperti India, China dan Malaysia secara genetik cenderung menghidap diabetes melitus jenis 2.

Usaha Bersepadu Demi Selamatkan Gajah Pygmy Borneo

Oleh Rohana Nasrah

Wartawan Bernama di Kota Kinabalu, Sabah, Rohana Nasrah menyingkap kehidupan gajah di bumi Sabah serta kebimbangan ia akan pupus sekiranya tiada langkah tegas menangani perbuatan pemburu haram membunuh haiwan ini sesuka hati mereka.

Untuk bahagian 4 dari 5 bahagian ini, Rohana menemu bual Timbalan Ketua Menteri Sabah,  Datuk Christina Liew untuk mendapatkan penerangan usaha kerajaan negeri Sabah untuk memastikan kepentingan gajah Pgymy Borneo terpelihara daripada kepupusan.

 

KOTA KINABALU (Bernama) -- Belum reda berita seekor gajah Pygmy Borneo ditemui mati  pada 25 Sept di Tawau dengan 70 das tembakan, seekor lagi gajah pygmy ditemui mati juga dipercayai ditembak, pada 19 Okt di Sandakan.

Pada 3 Nov, bangkai gajah pygmy yang sudah reput ditemui pula terapung di Sungai Kinabatangan.

Ketiga-tiga kes itu yang dilaporkan berlaku dalam tempoh lima minggu, menjadikan jumlah gajah yang mati dipercayai dibunuh pemburu haram sepanjang 2019 setakat ini sebanyak 21 ekor!

Polemik Rokok Elektronik Dan Vape

Oleh Erda Khursyiah Basir

SEOUL (Bernama) -- Isu penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau vape semakin panas dibahaskan dan mencetuskan polemik di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Antara sebabnya mungkin rentetan laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat mengenai kira-kira 33 kematian dan 1,479 kes yang disahkan serta kes mungkin ada kaitan dengan penyakit pernafasan 'misteri' yang berpunca daripada menghisap vape. 

Terdapat juga kebimbangan di peringkat global mengenai penggunaan e-rokok atau vape dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah yang boleh menyebabkan kemerosotan moral dalam  kalangan generasi muda dan mewujudkan lebih banyak masalah sosial.

Uzbekistan Tinggal Kenangan

Oleh Sakini Mohd Said

SAMARKAND (Bernama) -- Sebaik sahaja tayar pesawat penerbangan HY554 mencecah landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, Uzbekistan, tepukan gemuruh bergema di seluruh ruang kabin sambil diiringi lagu rancak negara berkenaan.

Bertepuk tangan difahamkan sering dilakukan penumpang Uzbeks sebagai melahirkan rasa puas hati mereka atas kelancaran pendaratan selepas lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Penulis berasa amat bertuah dapat menjejakkan kaki ke negara yang kaya dengan tradisi dan kebudayaan setelah diberi peluang membuat liputan 12th International Music Festival 'Sharq Taronalari' yang diadakan di Registan Square, Samarkand, baru-baru ini.