Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh [ 3h ago ]

Senarai Berita RENCANA

Senyuman Dan Bakat Nassier Wahab Dalam Kenangan

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penyanyi Alif Satar pernah berkongsi melalui instagramnya tahun lepas rahsia awet muda bapa saudaranya, penyanyi Datuk Nassier Wahab yang sentiasa mengamalkan bacaan surah Yusuf bagi menaikkan seri wajah beliau.

Ini kerana ramai yang ingin tahu bagaimana wajah penyanyi kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah itu seperti tidak dimamah usia dan sentiasa tampak kacak dan sihat di khalayak ramai.

Apabila lewat tengah malam tadi, ketika tular berita penyanyi lagu "Sekali Aku Jatuh Cinta” berusia 57 tahun itu kembali ke rahmatullah, sudah tentu ia memeranjatkan rakan-rakan rapat, para peminat dan industri hiburan tanah air .

Roti Paung Popular Terengganu Kini Di Nilai

Oleh Nurfardlina Izzati Moktar

NILAI (Bernama) -- Roti paung, sejenis bun yang begitu sinonim dan popular di Terengganu kerana keenakan dan teksturnya yang gebu, kini boleh dinikmati di Nilai, Negeri Sembilan.

Kedai Roti Paung Che Wan cawangan Nilai yang baru beroperasi di sebuah premis di hadapan Aeon Mall dekat sini, sejak 1 Mei lepas memudahkan penggemarnya untuk membeli roti berkenaan.

Apa yang pasti, para penggemarnya tidak lagi perlu menempuh jarak kira-kira 450 kilometer, semata-mata mahu menikmati roti paung di Kuala Terengganu.

Inovasi Dr Yazid Bantu Pesakit Diabetes

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Jika kamu mempermudah urusan orang lain, nescaya urusan kamu juga Allah akan mudahkan.”

Mutiara kata pendek ini menjadi pembakar semangat pakar Ortopedik, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz ( HCTM) Cheras, Selangor, Prof Madya Dr Mohd Yazid Bajuri dalam usaha beliau membantu pesakit diabetes mellitus atau kencing manis.

Beliau yang juga satu-satunya pakar pembedahan kaki dan buku lali di HCTM, tidak pernah lekang dengan inovasi terbaharu untuk mencari kaedah rawatan dan pemulihan yang terbaik untuk pesakit kencing manis.

Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila-bila Masa

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kejadian pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba, 23, yang tiba-tiba rebah di tengah padang semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Mac 2012, benar-benar mengejutkan.

Jantung pemain muda yang sihat itu terhenti berdegup selama 78 minit sebelum ia berfungsi semula.

Mujurlah tindakan pantas pasukan perubatan dan pakar kardiologi yang berada di lokasi dapat "menghidupkan " Muamba kembali.

Bengkel Seri Sembilan Latih OKU Berdikari

Oleh Nur Natasha Aida Ismail

(Artikel ini disiarkan sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia yang disambut pada 3 Disember.)

SEREMBAN (Bernama) -- Sekali pandang memang tidak ada bezanya cara mereka bekerja dengan orang biasa namun jika diperhati secara teliti barulah penulis dapat melihat ada yang tidak mempunyai kaki dan ada yang bercakap menggunakan bahasa isyarat.

Mereka yang begitu tekun bekerja itu adalah sebahagian daripada 46 orang pekerja Bengkel Seri Sembilan yang terletak di Mambau, kira-kira 20 minit perjalanan dari Seremban.

Menurut pengurus bengkel ini, Harunarrsheed Mohd Ibrahim, kesemua pekerja pada masa ini diselia oleh 10 orang kakitangan pengurusan termasuk tiga daripadanya adalah OKU. Sebahagian besar pekerja itu adalah dari Negeri Sembilan.