KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 3m ago ]

Senarai Berita RENCANA

Ekspedisi Terengganu Hargai Alam Dan Air

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA TERENGGANU (Bernama) -- Malaysia adalah antara negara yang paling banyak menerima hujan di dunia dengan menerima taburan hujan purata 7000 milimeter setahun.

Kewujudan lembangan atau kawasan tadahan air serta sungai menjadikan negara ini mewah sumber air, termasuk sumber air bawah tanah yang berpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan.

Semestinya khazanah ini perlu dipelihara sebaiknya sebagai warisan untuk generasi akan datang.

Tanpa pengurusan air yang efektif serta sikap tidak bertanggungjawab, bencana seperti yang terbaharu insiden keracunan gas kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, dan kekeringan Sungai Pahang akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal, kemungkinan besar berulang!

 

Istimewanya Festival Muzik Sharq Taronalari

Oleh Sakini Mohd Said

Wartawan Bernama, Sakini Mohd Said baru-baru ini diberi peluang oleh Kedutaan Uzbekistan di Kuala Lumpur untuk membuat liputan festival muzik sangat berprestij, 12th International Music Festival 'Sharq Taronalari’.

Festival itu berlangsung selama enam hari (25-30 Ogos) dan diadakan di monumen paling bersejarah bandar Samarkand, iaitu Registan Square.

SAMARKAND (Bernama) -- Di sebalik cuaca panas terik penghujung musim panas, wanita berumur 61 tahun ini yang mahu dikenali sebagai Jamila sudah mula bersiap sedia keluar rumah seawal pukul dua petang lagi untuk ke festival 12th International Music Festival Sharq Taronalari .

Bagi pesara kerajaan ini, program yang dijadual bermula sekitar 7.00 malam itu merupakan hari yang dinanti-nantikannya kerana ia hanya berlangsung sekali sahaja dalam tempoh dua tahun.

Beliau sanggup datang awal untuk mendapatkan tempat duduk terbaik, tambahan pihak penganjur juga mengingatkan mereka yang mahu ke festival itu supaya berada di lokasi pesta sebaik-baiknya pukul 4 petang, iaitu tiga jam lebih awal.