Khidmat nasihat kewangan percuma dilancarkan untuk PKS dan pembeli rumah [ 2m ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Khidmat nasihat kewangan percuma dilancarkan untuk PKS dan pembeli rumah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos  -- Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan khidmat nasiat kewangan serta khdimat cadangan secara percuma kepada perusahaan kecil dan sederhana serta pembeli rumah yang gagal memperoleh pinjaman bank.

Kesedaran penuaan perlu diterapkan dari awal -- Raja Muda Perlis

GEORGE TOWN, 21 Ogos -- Kesedaran mengenai penuaan perlu diterapkan dari peringkat awal dalam kalangan masyarakat sebagai persediaan menghadapi usia tua terutamanya dari segi emosi, kewangan dan persekitaran, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

MYCC menandatangani MoU bersama UPM dan MPC

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam satu Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 20 Ogos 2019.  

Kedah beri insentif RM500 kepada pemain bola sepak istimewa

ALOR SETAR, 21 Ogos  -- Kerajaan negeri Kedah hari ini menyampaikan insentif sebanyak RM500 kepada lapan pemain daripada skuad bola sepak kurang upaya negara yang berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Olimpik Istimewa di Chennai, India, pada 2 hingga 8 Ogos lalu.

Tekun Mart Mobile tawar harga 10-15 peratus lebih murah

PUTRAJAYA, 21 Ogos  -- Tekun Mart Mobile yang digerakkan melalui unit lori bersaiz tiga tan dan satu tan, menawarkan barangan keperluan harian pada harga 10 hingga 15 peratus lebih murah daripada harga pasaran selain memasarkan produk-produk usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Kabinet setuju pelaksanaan Go-Jek - Redzuan

PUTRAJAYA, 21 Ogos  -- Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

Sebanyak 300 bendera Jalur Gemilang diedar di Kubang Pasu

JITRA, 21 Ogos  -- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengedarkan kira-kira 300 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di di Jalan Kepala Batas-Jitra di sini, hari ini.