Malaysia to boost local firms' participation in Kazakhstan - envoy [ 18m ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Polis Thailand tumpaskan sindiket penipuan pusat panggilan

BANGKOK, 15 Ogos (Bernama) -- Polis Thailand berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pusat panggilan dengan tertangkapnya 13 lelaki warga Taiwan yang menipu mangsa membabitkan sekurang-kurangnya 30 juta baht.

Kerajaan setuju naikkan kadar elaun pelatih kerajaan - Syed Saddiq

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menaikkan elaun pelatih yang sedang menjalani latihan amali di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan daripada RM1.60 sejam ke RM5 sejam berkuatkuasa 1 Sept. 

SPRM: Tiada perubahan, Azam Baki kembali bertugas 22 Ogos - Latheefa

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menafikan dakwaan akan berlaku perubahan dalam SPRM berikutan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki bercuti sakit baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang bangunkan data garis dasar mengenai kualiti air

GEORGE TOWN, 15 Ogos (Bernama) -- Susulan dakwaan mengenai kematian beribu-ribu ekor ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang, kerajaan Negeri telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan data garis dasar mengenai kualiti air.

Pemimpin PH gesa rakyat ketepikan retorik rosakkan perpaduan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Rakyat tanpa mengira pangkat dan latar belakang digesa  mengetepikan retorik yang merosakkan perpaduan dan menyanggah polemik yang berniat membinasakan negara, menurut kenyataan bersama pemimpin empat parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Tiada kompromi soal disiplin pemain - PSM

KEPALA BATAS, 15 Ogos (Bernama) -- Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak akan berkompromi berhubung masalah disiplin dan tindakan menggugurkan dua tekong utama skuad kebangsaan dibuat selepas penilaian teliti daripada pelbagai aspek.

Dr Zakir akan disekat ke Sabah jika ada unsur ekstremis agama - Shafie

PAPAR, 15 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah tidak teragak-agak untuk menyekat pendakwah terkenal Dr Zakir Naik daripada memasuki Sabah sekiranya terdapat laporan pendakwah itu menggunakan unsur-unsur extremis dalam isu keagamaan.