Press Metal kuasai 25 peratus loji penapis aluminium Indonesia [ 3h ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Mahkamah ditunjukkan cara seterika wap diguna pada Zulfarhan

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi hari ini ditunjukkan dengan demonstrasi seterika wap yang digunakan tertuduh kedua pada mangsa.

Jho Low tidak berada di Cyprus - KPN

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Polis percaya ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low masih bersembunyi di sebuah negara terpencil, tetapi menolak laporan yang mengatakan lelaki itu berada di kepulauan Cyprus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

GIACC anjur kursus integriti untuk penjawat awam

PUTRAJAYA, 6 Nov -- Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) menganjurkan kursus  'Strategic  Leadership Course on Governance, Integrity and Anti-Corruption' bagi 50 pegawai perkhidmatan awam mengenai kepentingan governans dan integriti dalam pembangunan negara.

IPCMC : Perbincangan dengan polis dan pihak berkenaan masih dijalankan

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Proses perbincangan dengan polis dan pihak yang berkenaan berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) masih dijalankan.

Jersi edisi terhad team Malaysia semarakkan sokongan di Sukan SEA 2019

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Penyokong sukan tanah air berpeluang menyarung jersi edisi terhad ‘Team Malaysia’, bagi menunjukkan sokongan kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, yang dijadual berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.

IQI Global lancar pelan latihan untuk tangani pemberhentian pekerja

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Agensi hartanah dan firma penasihat IQI Global melancarkan pelan latihan untuk menangani peningkatan kadar pemberhentian pekerja dalam sektor swasta, dengan memperkasakan tenaga kerja untuk memasuki semula pasaran dengan keyakinan baharu.

Subsidiari Mitrajaya dapat kontrak RM137 juta untuk bina kondominium

KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Subsidiari Mitrajaya Holdings Bhd, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd, telah mendapat kontrak bernilai RM137 juta membabitkan pembangunan sebuah kondominium berketinggian 37 tingkat di Mont' Kiara.