Lelaki simbah cat di masjid dan surau ditahan [ 1h ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Anak lemas, bapa selamat selepas bot dinaiki karam ketika keluar tangkap ikan

KOTA KINABALU, 3 Sept  — Aktiviti dua beranak yang keluar menangkap ikan bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dilaporkan hilang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam di Pantai Batu Gadung, Tamau, Kota Belud, pagi tadi.

Pembiayaan filem Hollywood dari dana 1MDB, impak besar pada Najib - Saksi

KUALA LUMPUR, 3 Sept  -- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa isu yang paling besar dan menyebabkan impak negatif kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sekitar penularan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2015, adalah pembelian hartanah dan pembiayaan filem Hollywood oleh anak tirinya, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Pameran industri pertahanan antarabangsa Poland bermula

KIELCE, (Poland), 3 Sept  -- Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (MSPO 2019) edisi ke-27, pameran ketiga terbesar di Eropah membuka tirainya hari ini.

Akram ketepi kritikan, fokus aksi berdepan Indonesia

JAKARTA, 3 Sept -- Kritikan demi kritikan tidak langsung mematahkan semangat pemain tengah negara, Muhammad Akram Mahinan menjelang aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Khamis ini.

Kilang proses ayam diarah tutup hingga siasatan selesai

JASIN, 3 Sept -- Kilang memproses ayam, HLRB Processing Sdn Bhd, di Merlimau di sini yang mengalami kebocoran gas ammonia diarahkan tutup sehingga kerja-kerja menyahcemar gas dan siasatan punca kejadian selesai dilakukan pihak berkuasa.

Malaysia lulus pelaburan RM2.3 bilion untuk pembuatan produk berkaitan sanitari

KUALA LUMPUR, 3 Sept --  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan 21 projek untuk pembuatan produk berkaitan sanitari, melibatkan pelaburan RM2.3 bilion, dari 1980 sehingga Jun tahun ini.

Impian ke universiti tercapai setelah kesusahan keluarga tular

KUALA NERUS, 3 Sept  -- Impian seorang gadis daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke menara gading akhirnya tercapai setelah pelbagai pihak tampil membantunya berikutan kisah kesusahan keluarganya tular dalam laman sosial.