Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 7 Disember [ 20m ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


RM1.65 juta tabungan 6,500 pelajar dan murid sekolah di CBP

KEPALA BATAS, 7 Nov -- Seramai 6,500 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia menyimpan wang mereka dalam Co-opbank Pertama (CBP) membabitkan nilai RM1.65 juta sehingga sekarang.

Petronas akan terus galak penggunaan gas pada masa depan

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan terus menggalakkan penggunaan gas sebagai sumber bahan api bersih, berbanding bahan api pepejal dan cecair.

Imigresen selamatkan tiga gadis mangsa eksploitasi seks

PUTRAJAYA, 7 Nov -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan tiga gadis warga Vietnam, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran di sebuah premis pelacuran, dalam satu operasi khas yang dijalankan di Kota Kemuning, Selangor Selasa lepas.

Aimi Iwasaki tidak mahu sia-siakan peluang kedua

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Selepas gagal beraksi pada edisi 2017, atlet triathlon wanita negara Aimi Iwasaki Muhammad Moritoshi, bertekad tidak mahu mensia-siakan peluang kedua yang diperolehinya di Sukan SEA Filipina kali ini.

PATKOR KASTIMA 2019 tumpaskan cubaan seludup dadah, arak, rokok

LANGKAWI, 7 Nov  -- Jalinan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC) Indonesia melalui Patroli Laut Terkoordinasi (PATKOR KASTIMA) di perairan Selat Melaka tahun ini berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai barangan termasuk dadah jenis syabu seberat 25 kilogram (kg), Ogos lepas.

Masih ada ruang perbaiki kesaksamaan gender

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Walaupun Malaysia sedang melalui kemajuan yang memberangsangkan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki terutamanya dalam mencapai matlamat kelima iaitu kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita.

Polis Thailand kenal pasti suspek dalam serangan di Yala

YALA, 7 Nov  -- Polis Thailand mengenal pasti suspek yang terlibat dalam serangan di dua pos kawalan keselamatan yang mengorbankan 15 orang di Yala pada Selasa lepas.