Senator gesa giatkan sesi penerangan hak pengundi kepada Orang Asli [ 12m ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Kolam Sedut Bukit Kanching siap dinaik taraf

KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching telah siap dilaksanakan dan bekalan air mula dibuka sejak pukul 5.00 pagi ini.

Hospital kalis gempa bakal dibuka di Istanbul pada Februari

ANKARA, 29 Nov -- Satu fasiliti perubatan yang kalis gempa di Istanbul akan dibuka pada bulan Februari, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang jurucakap.

KBBM: Rancak Pertumbuhan Ekonomi, Status Halal Jadi Kelebihan

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Logo halal adalah antara pertimbangan utama majoriti pengguna di negara ini apabila memilih sesuatu produk makanan dan minuman. 

Dengan terteranya logo halal pada bungkusan makanan atau minuman, ia dapat menarik minat pengguna sekaligus menjadi ‘nilai tambah’ bagi produk tempatan untuk bersaing dengan produk yang diimport. 

 Justeru itu tidak dinafikan bahawa status halal mampu memperkasa Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2019 melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di samping memberi kesedaran kepada rakyat agar mengutamakan barangan buatan tempatan.  

Derita Kehidupan OKU Di IPT

Oleh Shanika AbdulLatib

(Artikel ini disiarkan sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia yang disambut pada 3 Disember.)

KUALA LUMPUR  (Bernama) -- Kertas ujian dikutip sebelum sempat saya selesai menjawab, gara-gara pensyarah hendak cepat dan semua pelajar lain sudah siap menjawab.

Itu antara episod yang terpaksa ditempuhi Muhamad Nur Aqmal Khatiman, 21, pelajar yang menghidap Cerebral Palsy poor coordination, iaitu mengalami pergerakan fizikal yang terhad.

Malah k?????esukaran menaiki tangga untuk mengikuti kuliah di tingkat lima juga suatu yang membebankan pelajar ini.

MoF anjur Festival LIFT Putrajaya pada 28- 29 Disember

KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Kementerian Kewangan (MoF) akan menganjurkan Festival LIFT (Literasi Teknologi Kewangan) Purajaya 2019 pertama, bagi meningkatkan kadar celik kewangan sejajar matlamat kerajaan untuk memupuk masyarakat digital.

Jerman rancang haramkan sepenuhnya aktiviti Hezbollah di negara itu

BERLIN, 29 Nov -- Kerajaan Jerman merancang untuk mengharamkan sepenuhnya semua aktiviti kumpulan Hezbollah yang berasal dari Lubnan di negara itu selepas hanya mengharamkan sayap tenteranya sebelum ini, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik majalah berita berpangkalan di Hamburg, Der Spiegel, pada Khamis.

Empat maut, lima cedera dalam serangan ke atas pasukan respons Ebola di Congo

GENEVA, 29 Nov -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis berkata dua serangan di timur Republik Demokratik Congo (DRC) telah menyebabkan empat pekerja pasukan respons Ebola maut manakala lima lagi cedera, lapor agensi berita China Xinhua.