Jaguh wushu negara impi pingat pada Sukan Asia
MELAKA, 29 Nov -- Jaguh wushu negara, Tan Cheong Min yang meraih pingat emas dalam kategori Nandao wanita pada Kejohanan Wushu Dunia edisi ke-15 di Shanghai, China mengimpikan pingat pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Calon parti pemerintah Uruguay mengaku kalah dalam pilihan raya presiden
MONTEVIDEO, 29 Nov -- Calon presiden Uruguay, Daniel Martinez, dari parti pemerintah Broad Front, mengaku kalah pada Khamis dan mengiktiraf kemenangan calon pembangkang Luis Lacalle Pou dari Parti Nasional dalam pilihan raya presiden yang berlangsung pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.
AirAsia menang anugerah syarikat penerbangan kos rendah dunia buat kali ketujuh berturut-turut
Daripada Aishah Mohmad Afandi
MUSCAT, 29 Nov -- AirAsia Bhd memenangi anugerah syarikat penerbangan kos rendah terkemuka dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut oleh Grand Final World Travel Awards (WTA).
Pasukan pengaman Malaysia di Congo selamat
KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Pasukan pengaman Malaysia dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) disahkan selamat dan tidak terjejas dalam pergolakan terbaharu di bahagian timur negara itu.
Skuad negara aktif jalani pertandingan untuk ke Piala Dunia Bola Sepak Kudung
Oleh Muhammad Faiz Baharin
KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Skuad bola sepak kudung negara dalam usahanya untuk mencapai cita-cita mewakili negara ke kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Kudung 2022, kini aktif menjalankan aktiviti pertandingan.
KPower dapat kontrak RM254.3 juta daripada Signvest
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower) telah memperoleh kontrak bernilai RM254.32 juta daripada Signvest Sdn Bhd untuk melaksanakan, antaranya pembinaan kemudahan rawatan pembetungan dan bangunan 12 tingkat dengan pensijilan Indeks Bangunan Hijau, di sini.
Pesakit saraf tunjang terima caruman Perkeso
BATU PAHAT, 29 Nov -- Seorang wanita yang mengalami masalah saraf tunjang sehingga menyebabkan dirinya lumpuh tidak mengetahui yang dirinya layak untuk mendapatkan bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).