Negeri Sembilan pertimbang cadangan bina parkir bertingkat di KTM Sungai Gadut [ 7m ago ]

CARIAN Berita

Pilih kategori berita dan taip kata kunci untuk melakukan carian


Kerajaan sedia kaji pembidaan beli PLUS - Mahathir

KUALA LUMPUR, 7 Okt  -- Kerajaan sedia mengkaji sebarang pembidaan daripada mana-mana pihak untuk membeli PLUS Malaysia Bhd (PLUS), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Khazanah akan kurangkan lagi hutang kepada RM35-RM40 bilion - Azmin

Khazanah Nasional Bhd akan mengurangkan lagi hutangnya kepada antara RM35-RM40 bilion daripada paras RM47 bilion yang dijangka dicapai pada akhir tahun ini, menerusi aktiviti pelupusan aset dan penjualan pelaburan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Parti Islam Tunisia di kedudukan pertama dalam pilihan raya parlimen

Parti Islam Tunisia "Ennahdha" dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya parlimen Tunisia berdasarkan tinjauan umum yang dijalankan, menyaksikan 17.5 peratus undian menyokong parti berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.

KBS bantu selesaikan masalah yang dihadapi skuad bola sepak wanita Sabah

KOTA KINABALU, 7 Okt -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan berusaha membantu menyelesaikan beberapa masalah dihadapi pasukan bola sepak wanita Sabah, termasuk masalah kelewatan bayaran gaji dan elaun.

Bekas CEO SSM, anak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah di Ipoh

IPOH, 7 Okt -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan terima, bersubahat dan salah guna kuasa berjumlah RM250,000 tahun lalu. 

Petronas tubuh cabang modal teroka tingkatkan lagi pertumbuhan

KUALA LUMPUR,  7 Okt -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan cabang modal teroka, Petronas Corporate Venture Capital (CVC) untuk memacu inovasi teknologi dan mengekalkan kelebihan daya saing bagi menyokong perniagaan minyak dan gasnya untuk meningkatkan lagi pertumbuhan.

Kajian semula pendapatan garis kemiskinan telah dimulakan - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan telah memulakan kajian semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sejak Mac lepas bagi memberi gambaran sebenar isu kemiskinan di negara ini.