KPDNHEP tidak cadang wujud jenama 'i-KeeP' [ 6m ago ]

Senarai Berita SUKAN

Aksi kalah mati ke Liga Premier 2020 pada 23 Nov

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Perlawanan kalah mati bagi penentuan pasukan ke Liga Premier 2020 antara pasukan tangga ke-11 Liga Premier, Sarawak dan Naib Juara Liga M3, Kuching FA akan berlangsung  di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching pada 23 Nov ini.

Agong perkenan jadi penaung diraja SAM

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjadi penaung diraja Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Penilaian sebaik mungkin sebelum 'buang' pemain - Misbun

Oleh Muhammad Ekmal Hakim Abdullah

KANGAR, 14 Nov -- Segala aspek dan faktor perlu dinilai sebaik mungkin sebelum proses 'pembuangan' mana-mana pemain daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilakukan.

Malaysia tuan rumah Hoki 5 Sebelah Peringkat Asia tahun depan

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan sulung Hoki Lima Sebelah Peringkat Asia, acara antarabangsa julung kali untuk remaja lelaki dan perempuan bawah 16 tahun (B-16), pada Februari tahun depan.

Syed Saddiq yakin tiga atlet para elit bangkit pada Paralimpik 2020

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Kegagalan tiga atlet para elit negara mempertahankan pingat emas dalam acara masing-masing pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini merupakan satu perkara biasa yang dihadapi oleh mana-mana atlet profesional.

Syarikat insurans suntik RM5 juta kepada atlet para hadapi Paralimpik 2020

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Bagi memastikan atlet para negara dapat membuat persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo 2020, syarikat insurans FWD Takaful Berhad tampil menyumbang penajaan berjumlah RM5 juta kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi tempoh setahun.

Arif Fadzilah akui sudah lama idam sertai TFC

KUALA TERENGGANU, 14 Nov -- Bekas pemain bek kiri Felda United, Arif Fadzilah Abu Bakar  mengakui teruja dapat kembali ke Terengganu musim depan dan bermain untuk pasukan negeri sendiri.