Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi China - MIDA [ 24m ago ]

Senarai Berita SUKAN

Khir kyazlan belum puas

MANILA, 5 Dis  -- Belum tiba masa untuk peninju negara Khir Akyazlan Azmi berasa 'puas' meskipun pingat gangsa, sudah berada dalam genggaman.

Aksi hambar kontinjen Malaysia berterusan pada hari kelima Sukan SEA

MANILA, 5 Dis  -- Kontinjen Malaysia meneruskan aksi hambar pada hari kelima Sukan SEA ke-30 di Filipina, setelah sekadar menambah dua pingat emas, masing-masing menerusi acara pencak silat dan petanque, hari ini.

KFA lulus peruntukan RM32 juta, tambahan RM1.6 juta untuk musim 2020

ALOR SETAR, 5 Dis  -- Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM32 juta iaitu tambahan RM1.6 juta  berbanding RM30.4 juta musim ini untuk skuad Lang Merah menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Kita akan pastikan Farah Ann 'sempurna' sehingga Olimpik 2020

SEPANG, 5 Dis  -- “Kita mahu pastikan dia (Farah Ann) ‘sempurna’ sehingga Sukan Olimpik 2020,” kata Jurulatih Gimnastik Artistik Kebangsaan Nataliya Sinkova, secara berseloroh tapi dalam nada serius.

Malaysia gagal pertahan emas acara beregu campuran

MANILA, 5 Dis  -- Skuad tenpin boling negara, gagal mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lalu dalam acara beregu campuran, selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, pada hari ketiga sukan itu dipertandingkan di Sukan SEA ke-30.

KAFA kenal pasti awang import perkuat The Red Warriors musim depan

KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sudah mengenal pasti beberapa pemain import, untuk memperkuatkan skuad The Red Warriors (TRW), bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Malaysia akhiri penguasaan Thailand dalam acara petanque triples lelaki

NEW CLARK CITY (Filipina), 5 Dis -- Skuad petanque lelaki negara memulakan kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan langkah kanan setelah memenangi pingat emas pertama dalam acara triples lelaki.