Mangsa banjir di Perak berkurangan setakat 12 tengah hari [ 40m ago ]

Senarai Berita SUKAN

Tajikistan uji Malaysia pada aksi persahabatan 9 Nov ini

KUALA LUMPUR, 18 Okt  -- Malaysia akan menentang Tajikistan pada aksi persahabatan bola sepak antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 9 Nov ini.

Atlet negara 'korban' Deepavali demi buru kejayaan

KUALA LUMPUR, 18 Okt  -- Dua atlet negara terpaksa melupakan sambutan Deepavali minggu depan dan mengharapkan pengorbanan itu berbaloi dalam misi memburu pingat di pentas Sukan SEA Filipina 2019, akhir bulan depan.

Azizulhasni terlepas emas acara keirin Asia

KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang terlepas emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 selepas tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Wakimoto di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon, Korea Selatan, hari ini.

Marcos tawan pendakian Cameron

CAMERON HIGHLANDS, 18 Okt -- Pelumba Sepanyol, Marcos Garcia kini selesa mendahului perebutan jersi kuning (pendahulu keseluruhan) dengan kelebihan tiga minit, selepas berjaya menawan pendakian Kategori Hors ke Cameron Highlands pada peringkat keempat Tour of Peninsular (ToP) hari ini.

ToP: Amirul mahu pertahan jersi biru

CAMERON HIGHLANDS, 18 Okt -- Pelumba pasukan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Marzuki mahu mempertahankan jersi biru, selaku Raja Pecut Tour of Peninsular (ToP) pada peringkat terakhir esok.

Lebih 3,000 penyokong Kedah dapatkan tiket separuh akhir pertama Piala Malaysia

ALOR SETAR, 18 Okt -- Lebih 3,000 penyokong Lang Merah bersesak di lima kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Aman, bagi mendapatkan tiket separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang, yang dijadualkan pada 9 malam esok.

Terbuka Denmark: Harapan Malaysia hanya pada Peng Soon-Liu Ling

KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Sandaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, Denmark, kini tertumpu kepada pasangan profesional beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.