UMW Holdings peruntuk RM607 juta perbelanjaan modal bagi 2019 [ 1m ago ]

Senarai Berita SUKAN

Aidil Sharin puas hati Kedah bangkit tundukkan Melaka

ALOR SETAR, 19 Mei (Bernama) -- Keupayaan Kedah bangkit selepas ketinggalan pada separuh masa pertama melegakan ketua jurulatihnya Aidil Sharin Sahak dalam aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Darul Aman di sini malam tadi selepas kalah kepada Selangor sebelum ini.

Sathianathan kecewa aksi sambil lewa pemain Selangor

LUMUT, 19 Mei (Bernama) -- Jurulatih Selangor, B. Sathianathan kecewa selepas skuad Gergasi Merah gagal melakar kemenangan ke atas PKNP FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), di sini, Sabtu malam. 

Kedah rampas kedudukan ketiga Liga Super

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kedah kembali menemui sentuhan kemenangan apabila memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas bangkit daripada ketinggalan, sebelum membenam Melaka 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) merancang meneruskan usaha mengumpul dana bagi membantu bekas atlet, dengan menjual jongkong emas (gold bar) yang memaparkan wajah atlet-atlet negara.

KBS cadang perkenal modul budaya Malaysia kepada atlet, sukarelawan

BEIJING, 18 Mei (Bernama) -- Bagi melahirkan atlet berkualiti yang membawa nama baik negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang memperkenalkan modul budaya Malaysia sebagai pengetahuan tambahan kepada atlet negara.

Melaka nafi perpindahan Safiq ke pasukan lain

MELAKA, 18 Mei (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menafikan terdapatnya perbincangan mengenai desas-desus perpindahan Safiq Rahim ke pasukan lain.

PAFA bawa seorang lagi pemain import untuk kuatkan The Bos Gaurus

TAPAH, 18 Mei (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengambil langkah membawa masuk pemain import baharu dari Lebanon iaitu Hussein El Dor bagi memperkukuhkan skuad The Bos Gaurus.