Aksi kalah mati ke Liga Premier 2020 pada 23 Nov [ 9m ago ]

Senarai Berita SUKAN

Kim Swee optimis Wan Kuzain mampu selesaikan masalah pasport

PETALING JAYA, 12 Nov -- Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee optimis bintang muda Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal dapat menyelesaikan masalah pasportnya untuk mewakili skuad berkenaan pada saingan Sukan SEA Filipina 2019 yang bermula pada 25 Nov ini.

Pendahulu ADT jadi pencabar utama kejohanan Sabah Masters

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Pendahulu Jelajah Pembangunan Asia (ADT) Joohyung Kim dari Korea Selatan, merupakan antara pemain yang akan beraksi di Kejohanan Golf Masters Sabah 2019, minggu hadapan di Sutera Harbour Golf and Country Club di Kota Kinabalu.

Eki digugurkan dalam perlawanan Malaysia berdepan Thailand dan Indonesia

PETALING JAYA, 11 Nov -- Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi antara tiga pemain digugurkan Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe menjelang dua aksi getir di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan Thailand dan Indonesia dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

FAM akan anjur dua program Respect

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Persatuan Bola Sepak  Malaysia (FAM) akan mengadakan dua program Respect bagi musim 2019-2020, susulan kerjasama yang dijalin persatuan itu dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (EFA).

Pemain B-18 sedia hadapi peringkat kejohanan lebih tinggi-Maloney

SEPANG, 11 Nov  -- Selepas membantu Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, beberapa pemain kini bersedia untuk meningkatkan permainan mereka bagi menghadapi perlawanan pada peringkat yang lebih tinggi.

Farizal atau Khairulazhan, siapa jadi pilihan?

PETALING JAYA, 11 Nov -- Posisi penjaga gol utama skuad kebangsaan kini menjadi tumpuan menjelang pertembungan Malaysia menentang Thailand dan Indonesia pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

15 pemain bola sepak muda berpeluang menentang akademi Cerezo Osaka

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- 15 pemain bola sepak bawah 15 tahun Malaysia, bukan sahaja berpeluang menyaksikan secara langsung perlawanan Liga Jepun (J-League), tetapi berpeluang beraksi menentang pasukan akademi Cerezo Osaka, dalam satu perlawanan persahabatan di Osaka, Jepun pada Jun 2020.