Piala Dunia bawah 20 tahun: pemain Korea Selatan terima sambutan wira [ 12m ago ]

Berita SUKAN


McPhee, Sasaki harap capai keputusan terbaik di GP Catalan

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
John McPhee
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelumba Moto 3 pasukan Petronas Srinta Racing, John McPhee dan Ayumu Sasaki akan kembali beraksi hujung minggu ini di Sirkit Barcelona-Catalunya, yang telah mereka lakukan ujian bulan lepas.

McPhee mahu mengekalkan catatan masa terbaik pada ujian di Barcelona baru-baru ini, yang mana pelumba British itu telah berlumba lapan kali, dengan keputusan terbaik pada kedudukan ke-empat pada perlumbaan 2018.

“Tahun lepas, keputusan perlumbaan terbaik saya ialah di Sirkit Barcelona-Catalunya, dan saya hampir berjaya memenangi perlumbaan. Harapan saya di Barcelona ialah meneruskan cara yang sama, iaitu berada dalam kumpulan hadapan dan bersaing hingga pusingan terakhir dan berikan yang terbaik untuk menang. Ini bukan satu perlumbaan dengan kumpulan yang ramai di hadapan seperti di Mugello, jadi kita perlu rangka strategi terbaik.

“Kami nikmati ujian yang baik selama beberapa hari baru-baru ini, dan saya tidak sabar untuk berlumba - kerana ini sirkit kegemaran saya. Kami perlu terus memperbaiki kedudukan dalam kedudukan keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MpPhee kini berada di tangga ke-lapan dalam kedudukan keseluruhan, selepas enam perlumbaan dengan 44 mata.

Sementara itu Sasaki telah menetapkan sasaran dengan mengambil tindakan, bagi membolehkan beliau mengejar kedudukan podium di Sirkit Barcelona-Catalunya, di mana beliau belum pernah mencapai kedudukan 15 pelumba terbaik.

“Sirkit Barcelona-Catalunya merupakan litar yang baik. Ia merupakan salah satu daripada yang saya suka. Daripada ujian yang dibuat di sana, kami mempunyai asas yang baik untuk memulakan FP1 pada Jumaat.

“Bagaimanapun kami tidak mempunyai sebarang kelebihan, kerana terdapat beberapa pelumba lain melakukan ujian bersama kami, jadi mereka juga mungkin akan memulakan perlumbaan dengan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini,” katanya.

Pelumba 18 tahun itu kini berada di tangga ke-19 keseluruhan dengan 14 mata.

Perlumbaan 21 pusingan Moto3 akan diadakan pada Ahad, 16 Jun.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu