Aksi kalah mati ke Liga Premier 2020 pada 23 Nov [ 9m ago ]

Berita SUKAN


Skuad negara mahu kekal juara Sukan SEA 2019

Tarikh kemaskini: 07/11/2019
KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Komitmen yang tinggi amat diperlukan tidak kira sama ada daripada pemain lama atau baharu, dalam usaha skuad bola jaring negara mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Filipina, pada 30 Nov hingga 11 Dis ini.

Penyerang sensasi negara, An Najwa Azizan berkata beliau berpuas hati prestasi yang ditunjukkan dua pemain baharu, Khairunnisa Nazri dan Noor Azilah Aziz sepanjang tempoh latihan, dan yakin mereka mampu membantu skuad negara menjulang gelaran juara di temasya dwitahunan itu.

"Saya berpuas hati bukan sahaja dengan pemain baharu tapi juga dengan semua rakan sepasukan. Tidak kira lama atau baharu, selagi kesemuanya mengikut perancangan dan strategi yang diberi jurulatih, ia tidak memberi sebarang masalah," katanya ketika ditemui pemberita pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-41 di Stadium Juara, di sini hari ini.

Untuk rekod, pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, skuad negara di bawah kendalian Tracey Robinson menamatkan kemarau 31 tahun meraih pingat emas selepas menewaskan Singapura 65-41 di pentas final.

Senarai pemain ke Sukan SEA Filipina:

An Najwa Azizan; Norashikin Kamal Zaman; Karishma S.Loganathan; Khairunnisa Nazri; Izyan Syazana Mohd Wazir; Nur Syafazliyana Mohd Ali; Nurfariha Abdul Razak; Pow Mei Foong; Noramirah Dayana Noor Azhar; Noor Azilah Aziz; Siti Nor Farhana Mustafa; dan Shandralelka Shanmugam.



-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu