:: BERITA
Dr Mahathir Pengerusi Mesyuarat Pertama Wawasan 1440h IDB Pada Sept Ini
Oleh Massita Ahmad dan Nor Baizura Basri
PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) -- Mesyuarat pertama Suruhanjaya Wawasan 1440H (Wawasan 2020) Bank Pembangunan Islam (IDB) yang dipengerusikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akan diadakan pada September tahun ini.
|
|
IDB Berusaha Bawa Kembali Kegemilangan Dunia Islam
Oleh Muin Abdul Majid & Jamaluddin Muhammad
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai caranya sendiri, mungkin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) boleh menempatkan 1.4 bilion umat Islam di dunia ini di kedudukan yang sama dengan mereka yang berada dalam perkumpulan serantau lain yang telah mencapai kejayaan.
|
|
IDB Akhiri Mesyuarat Dengan Matlamat Teruskan Perkembangan Ummah
Oleh Umi Hani Sharani
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- IDB, cabang pembiayaan kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), mengakhiri mesyuarat lembaga gabenor ke-30 di sini hari ini dengan matlamat untuk meneruskan perkembangan kukuh bagi kepentingan ummah.
|
|
Pelan Induk Progresif 10 Tahun Bagi Negara OIC
Oleh M. Saraswathi
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Dalam usaha memberi gambaran jelas kepada pembangunan satu sistem kewangan Islam, cadangan pelan induk 10 tahun industri itu akan memastikan kewujudan industri perbankan Islam yang progresif dan kukuh untuk 57 negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) itu.
|
|
Pengerusi Baru IDB Ikrar Letak Inisiatif Dagangan Teratas Dalam Agenda
Oleh Wan Nurzila Abdul Rahman
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan Kuwait Badr Mashari Al-Humaydhi mengambil alih tugas pengerusi lembaga gabenor Bank Pembangunan Islam (IDB) dan berikrar yang negaranya akan meletakkan pembangunan perdagangan teratas dalam agenda.
|
|
Tunjukkan Keazaman Untuk Tingkatkan ICT Dalam OIC, Kata Abdullah
Oleh Wan Nurzila Abdul Rahman
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kumpulan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mesti menunjukkan keazaman yang kuat dalam usaha mempercepatkan aplikasi Teknologi Komunikasi Maklumat di negara anggota.
|
|
Pameran Perdagangan OIC Jadi Platform Bagi Syarikat Menuju Global
Oleh Mohd Rizal Razalli
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Penganjuran Pameran Perdagangan OIC oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah memberikan pengalaman berharga kepada para peserta tempatan yang berhasrat pergi ke tahap global.
|
|
Mesyuarat IDB Bawa Hasil Positif Bagi Semua Negara Islam
Oleh Nor Baizura Basri
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam (IDB) ke-30 yang berakhir hari Jumaat telah membawa hasil positif kepada semua umat Islam di seluruh dunia, kata seorang delegasi.
|
|
Guyana Satu-satunya Negara OIC Belum Sertai IDB
Oleh P. Vijian
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Guyana, sebuah negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), adalah satu-satunya negara yang belum menyertai Bank Pembangunan Islam (IDB).
|
|
Perbadanan Penyiaran Islam Dicadangkan
Oleh Santha Oorjitham
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Negara-negara Islam patut menubuhkan sebuah Perbadanan Penyiaran Islam bagi memaparkan pendapat dan respon mereka berhubung salah anggap mengenai negara masing-masing.
|
|
Afghanistan Tidak Dilupakan, Kata Presiden IDB
Oleh Muin Abdul Majid
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Bank Pembangunan Islam (IDB) bukan meminggirkan Afghanistan tetapi usaha-usaha untuk membantu negara yang berada dalam kancah peperangan itu dihalang oleh saiz dana kecil yang dimilikinya, kata Presidennya Dr Ahmed Mohamed Ali.
|
|
IDB Mesti Bantu Majukan Madarasah Di Selatan Thailand, Kata Surin
Oleh P. Vijian
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Program-program Bank Pembangunan Islam (IDB) di Thailand tidak sampai kepada kumpulan-kumpulan sasaran, terutamanya masyarakat Islam yang miskin di bahagian selatan, kata bekas Menteri Luar Thailand Dr Surin Pitsuwan.
|
|
Marah Memberi Penarafan Mesyuarat IDB Sebagai "Sangat Berjaya"
Oleh Massita Ahmad
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Sierra Leone Sanah B. Marah memberi penarafan mesyuarat tahunan ke-30 Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam (IDB) anjuran Malaysia sebagai "sangat berjaya."
|
|
Majlis Penyelidikan Antara Penerima Anugerah Sains Dan Teknologi
Oleh Umi Hani Sharani
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Majlis Penyelidikan Kebangsaan Mesir telah dipilih satu daripada tiga penerima anugerah Sains dan Teknologi Laureate IDB 1425H (2004) di atas sumbangan besarnya dalam menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi.
|
|
OIC Akan Bantu 27 Negara Islam Paling Mundur, Kata Abdullah
Oleh Jamaluddin Muhammad, Arul Rajoo dan Wan Nurzila Abdul Rahman
PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kini bersedia untuk membantu 27 negara anggotanya yang paling mundur supaya dapat bergerak ke satu tahap lain pembangunan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
|
|
|
[ 1 ][ 2 ][ 3 ][ 4 ][ 5 ][ 6 ][ 7 ][ 8 ][ 9 ][ 10 ][ 11 ][ 12 ] |
| |