Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam negeri - Shafie


Tarikh kemaskini: 09/11/2018





KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) – Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan bayaran khas RM500 untuk setiap anggota perkhidmatan awam negeri yang akan dibayar serentak dengan pembayaran gaji bulan Disember ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2019, berkata bayaran itu bagi menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam pelbagai bidang yang membantu kerajaan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

"Dengan penghargaan ini kita mengharapkan perkhidmatan awam selaku jentera pentadbiran kerajaan akan membawa Sabah ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang lagi," katanya.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata bagi meningkatkan keupayaan, profesionalisme dan kecekapan penjawat awam, kerajaan negeri juga menggalakkan budaya pembelajaran secara berterusan termasuk menguasai kemahiran baharu.

Katanya, bagi tujuan itu, penyediaan biasiswa sebanyak RM9.56 juta disediakan tahun depan bagi penjawat awam yang layak untuk menyertai kursus jangka pendek di pusat pengajian berprestij di luar negara di bawah program Latihan Dalam dan Luar Negeri yang dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

"Antara pusat pengajian yang berprestij dan berprestasi tinggi di luar negara termasuk Universiti Cambridge dan Universiti Oxford di England dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat,  katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua RUU baharu mengenai rasuah pada persidangan parlimen akan datang

 
     

Jho Low hadiri mesyuarat TIA pada 2009 atas jemputan - Saksi

 
     

Jerebu: Lapan sekolah di Manjung ditutup

 
     

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel