Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TLDM di Sabah alami perubahan mantap - Ahmad Kamarulzaman


Tarikh kemaskini: 09/11/2018





SEMPORNA, 9 Nov (Bernama) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengalami perubahan yang begitu mantap di negeri ini khususnya melibatkan menempatan aset dan anggota bagi mengukuhkan aspek keselamatan di perairan Sabah.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur di Kota Kinabalu antara bukti jelas perubahan oleh TLDM.

Katanya, begitu juga pemindahan Markas Wilayah Laut 2 dari Sepanggar ke Sandakan yang bertujuan memperkukuh keselamatan dan memperkuat kehadiran anggota di pantai timur Sabah.

“Ini perubahan yang begitu besar dan dituruti pemindahan aset dari Lumut dan Kuantan ke Sabah bagi menangani keperluan komitmen operasi di perairan timur Sabah dan perairan Sulu,” katanya kepada pemberita pada majlis Lawatan Pengunduran Panglima Tentera Laut di KD Sri Semporna di sini hari ini.

Menurutnya aset TLDM yang terdapat di negeri ini termasuk pangkalan hadapan Tun Azizan dan Sharifah Rodziah serta kewujudan unit Pasukan Khas Laut (PASKAL) menjadikan keupayaan TLDM terus dimartabatkan di negeri Sabah.

Terdahulu, Ahmad Kamarulzaman, yang dalam proses persaraan selepas berkhidmat selama 42 tahun dengan TLDM berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat memberi sokongan terhadap perancangan jangka panjang TLDM.

Ahmad Kamarulzaman dalam pada itu mahu anggota TLDM  terus menyumbang bakti dengan penuh keikhlasan dalam perjuangan dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri iaitu kesetiaan, keberanian dan kebanggaan.

“Budaya kerja kita perlu lebih mantap setiap hari dan perlu terus berusaha menjadi modal insan yang rajin menimba ilmu serta menjadi anggota yang mampu membantu memartabatkan perkhidmatan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel