Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program larian santai SPRM dijadikan acara tahunan - Sazali


Tarikh kemaskini: 10/11/2018





TAWAU, 10 Nov (bernama) -- Program Larian santai anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau akan dijadikan sebagai acara tahunan sempena menyambut ulang tahun suruhanjaya itu pada masa akan datang, kata Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi.

Sazali berkata program larian santai diadakan di Tawau itu juga merupakan model terbaik dan penganjuran program seumpamanya akan diperluas ke daerah lain.

”Program santai ini adalah antara kaedah terbaik untuk SPRM mendekatkan diri dengan masyarakat dalam usaha menerapkan kefahaman tentang kepentingan seseorang individu menjauhkan diri daripada gejala rasuah,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta larian di sini, hari ini.

Program larian santai sejauh 7 kilometer dianjurkan sempena ulang tahun SPRM ke-51 itu bermula dan berakhir di Padang Bandaran Tawau melibatkan penyertaan lebih 500 peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Jimmy Wong dan Pembantu Menteri Infrastruktur negeri Datuk Abdul Muis Picho.

Terdahulu, Sazali ketika berucap berkata usaha membanteras gejala rasuah bukan tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata, sebaliknya semua pihak perlu memainkan peranan lebih aktif bagi memastikan jenayah rasuah dan salah guna kuasa dapat dibendung sehingga ke akar umbi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel