Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petronas sedang menilai kesan pembaharuan cukai jualan oleh Sarawak


Tarikh kemaskini: 10/11/2018




KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) – Petronas sedang menilai kesan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum pada 2019 yang diumumkan kerajaan Sarawak.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat minyak nasional itu berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan perkara itu selain mendapatkan penglibatan kerajaan persekutuan dan negeri.

Pada 5 Nov lepas, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan cukai baharu tersebut semasa membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2019 berjumlah RM11.9 bilion, yang merupakan belajawan terbesar dalam sejarah negeri itu, di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Cukai baharu itu, akan dikenakan ke atas minyak mentah, gas asli, gas asli cecair, baja berasaskan kimia dan produk cecair hingga gas, yang dianggarkan menjana hasil RM3.897 bilion kepada kerajaan negeri.

Susulan itu, Sarawak diunjurkan memperolehi hasil tertinggi dalam sejarahnya iaitu lebih RM10 bilion pada 2019.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low hadiri mesyuarat TIA pada 2009 atas jemputan - Saksi

 
     

Jerebu: Lapan sekolah di Manjung ditutup

 
     

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     

Jerebu: 201 sekolah di Selangor ditutup hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel