Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan 91 warga asing di sebuah ladang sawit di Miri


Tarikh kemaskini: 10/11/2018





MIRI, 10 Nov (Bernama) – Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 91 lelaki warga Indonesia dalam Ops Libas di sebuah ladang kelapa sawit di Niah pukul 1.30 pagi semalam (Jumaat).

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 12 Miri Supt Tan Hiap Seng berkata, serbuan dibuat hasil risikan serta maklumat orang awam melibatkan 64 anggota PGA Miri dan enam pegawai Jabatan Imigresen Miri.

“85 orang warga Indonesia ditahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki negara tanpa dokumen sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tan berkata, enam orang lagi warga Indonesia ditahan di bawah seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan tinggal lebih tempoh sah di negara ini.

"Kesemua warga asing itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Miri untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel