Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sasaran nilai jualan industri kraf, RM500 juta tahun ini


Tarikh kemaskini: 26/11/2018





KOTA KINABALU, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi yakin industri kraf mampu mencapai sasaran nilai jualan sebanyak RM500 juta menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata sehingga Oktober tahun ini nilai keseluruhan jualan industri kraf Malaysia ialah sebanyak RM421.7 juta.

"Sasaran itu termasuk melalui nilai jualan di Festival Kraf Borneo 2018 yang turut menyasarkan sebanyak RM800,000," katanya ketika berucap merasmikan festival itu di Lintasan Deasoka, di sini hari ini.

Festival yang berlangsung sejak 23 Nov lepas hingga 3 Dis depan disertai 110 komuniti kraf dari Sabah dan Sarawak mengetengahkan konsep 'The Living Treasures of Borneo’.

Mohamaddin berkata secara keseluruhan pencapaian jualan kedua-dua negeri berjumlah  RM65 juta   amat membanggakan dan menyumbang sebanyak 15.42 peratus kepada keseluruhan nilai jualan industri kraf.

Beliau berkata sehingga Oktober tahun ini, Sabah mempunyai  2,085 usahawan kraf daripada bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf dengan pencapaian nilai jualan sebanyak RM40.3 juta.  

Bagi Sarawak, 915 usahawan kraf didaftarkan dengan pencapaian nilai jualan sebanyak RM24.7 juta, katanya.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel