Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

STB anjur Jerayawara Pelancongan Berasaskan Komuniti Luar Bandar


Tarikh kemaskini: 26/11/2018




KOTA KINABALU, 26 Nov (Bernama) --  Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan mengadakan Jerayawara Pelancongan Berasaskan Komuniti di luar bandar bagi mempromosikan tarikan pelancongan luar bandar di negeri ini pada 28 dan 29 Nov, kata Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Datu Rosmadi Sulai hari ini.

Beliau berkata jerayawara itu, yang dianjurkan untuk kali kedua, bertujuan menarik pelancong luar dan dalam negara untuk melancong ke luar bandar Sabah, sekali gus menjana pendapatan penduduk di kawasan berkenaan.

"Berbanding empat daerah yang menyertai program ini tahun lepas, tahun ini sebanyak 14 daerah akan terlibat.

"Di samping itu, program ini juga akan mengadakan kempen tanpa plastik bersama sebuah syarikat penapis air bagi menggalakkan masyarakat supaya mengurangkan penggunaan plastik," katanya pada sidang media mengenai program itu di sini.

Datu Rosmadi berkata penganjuran jerayawara itu merupakan sinergi antara agensi kerajaan negeri iaitu STB dan Sri Pelancongan Sabah, dan pihak swasta iaitu Suria Sabah, yang menaja tempat penganjuran jerayawara itu.

Beliau berkata selain mempromosikan tempat menarik di luar bandar, jerayawara itu turut mempromosikan produk pelancongan luar bandar seperti penginapan desa, berkhemah dan aktiviti eko pelancongan.

Bagi merancakkan lagi perkembangan industri pelancongan berasaskan komuniti di luar bandar, Datu Rosmadi berkata Majlis Tindakan Pelancongan diaktifkan di kebanyakan daerah di negeri ini bagi mengenalpasti dan membangunkan produk berkaitan pelancongan untuk manfaat penduduk setempat, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel