Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MANRED akan naik taraf lima pusat perikanan


Tarikh kemaskini: 26/11/2018





KUCHING, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan  Wilayah  Sarawak (MANRED) akan menaik taraf lima pusat latihan, penyelidikan dan pembiakan perikanan di Sarawak.

Pusat perikanan itu terletak di Semariang Batu, Semenggok, Sri Aman, Betong dan Lawas.

Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak mempunyai  potensi  besar  dalam  penternakan   ikan,  udang, ketam dan pengeluaran kultur.

“Terdapat keperluan untuk menaik taraf pusat-pusat itu dengan kesemua kemudahan moden yang diperlukan kerana pusat-pusat ini boleh menyokong industri perikanan dan menjadi sebagai pusat latihan dan penyelidikan selain daripada mengeluarkan benih ikan, “ kata beliau selepas melawat Pusat Latihan dan Penyelidikan Perikanan Darat Semariang Batu, di sini hari ini. 

Beliau berkata MANRED berminat terutamanya dalam pembiakan udang dan ikan siakap , tilapia  (sejenis ikan air tawar) yang boleh menjadi sumber pendapatan lain buat kalangan pekebun kecil.

“Setakat ini, kami sedang menanti laporan jangka pendek dan panjang daripada pusat-pusat  berkenaan  mengenai pelan pembangunan mereka supaya dapat disesuaikan dengan proses menaik taraf,” kata beliau.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     

Pengayuh basikal warga emas mulakan cabaran kayuhan 15 hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel