Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Indeks jenayah di Sandakan catat 586 kes


Tarikh kemaskini: 27/11/2018




SANDAKAN, 27 Nov (Bernama) -- Indeks jenayah di daerah ini mencatatkan 586 kes dari Januari hingga  25 Nov lepas, meningkat satu kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata statistik penyelesaian kes jenayah adalah sebanyak 60.63 peratus dari Januari hingga 25 November lepas.

Beliau yakin polis di daerah ini mampu untuk meningkatkan lagi peratus penyelesaian kes sehingga  penghujung tahun ini.

"Secara keseluruhannya hasil komitmen serta usaha yang tidak pernah putus daripada warga polis  Sandakan, saya yakin prestasi kita sehingga 25 Nov lepas masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulan November Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, enam wartawan antara 21 penerima surat penghargaan daripada Mohd Azhar, 15 pegawai rendah polis menerima kenaikan pangkat daripada Lans Koperal kepada Koperal dan tiga pegawai  kanan serta pegawai rendah polis menerima pengesahan jawatan.

Dalam pada itu, Mohd Azhar mengingatkan pegawai dan anggota polis di daerah ini agar mengutamakan  amalan integriti yang bukan sahaja mampu untuk membentuk tingkah laku yang baik dan positif, malahan  mampu menjadi individu lebih efektif serta produktif.

Katanya ia sejajar dengan komitmen pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak berkompromi dalam isu integriti melibatkan pasukan dan menyokong penuh penguatkuasaan yang drastik.

Menurutnya ia dilaksanakan oleh setiap kontinjen, Briged dan formasi sebagai satu daripada inisiatif untuk mencegah serta menutup ruang yang membuka peluang kepada penyelewengan, rasuah serta salah guna kuasa dalam kalangan warga PDRM.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     

Semua sekolah di empat daerah di Perak dibuka esok

 
     

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel