Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis pantau, ambil tindakan pada kutu sampah di Semporna


Tarikh kemaskini: 27/11/2018




SEMPORNA, 27 Nov (Bernama) -- Polis siap sedia memantau dan mengambil tindakan terhadap individu  yang didapati membuang sampah di daerah ini, kata Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Ak Umbuas.

Katanya, usaha agresif itu dilakukan bagi membantu Majlis Daerah Semporna dalam menguatkuasakan  undang-undang sekali gus menangani masalah sampah di sini.

"Kita ada Op Payung dan bagi polis operasi ini adalah tugas dua dalam satu iaitu selain menjaga  keselamatan dan mencegah jenayah kita turut membantu MDS kempen dan advokasi untuk menjaga kebersihan,” katanya ketika ditemui pada program gotong-royong IPD Semporna sempena kempen Semporna Bersih dan Indah di sini hari ini.

Kempen dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna itu turut disertai 115 sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa – ASEAN (YSS-ASEAN) terdiri daripada siswa dan siswi universiti awam, swasta serta kolej komuniti di samping penglibatan pelajar luar negara iaitu Laos dan Vietnam.

Sukarelawan YSS berkampung selama dua minggu di Semporna sejak 19 Nov lepas bagi melaksanakan  pelbagai khidmat masyarakat di daerah ini.

Sementara itu, Peter berkata Op Payung itu akan dilaksanakan di tiga lokasi di Semporna dan turut melibatkan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Kesihatan, Imigresen serta Kastam.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Polis sahkan 10 nelayan Bajau Laut diculik di perairan Felda Sahabat 9

 
     

Agong perkenan terima Azmin menghadap di Istana Negara

 
     

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

 
     

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel