Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki hilang ketika mandi pantai di Kota Belud ditemui lemas


Tarikh kemaskini: 27/11/2018




KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan-rakannya di pantai Kampung Sarang, Kota Belud, semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mayat Malinus Marasin, 27, ditemukan pada jam 8.02 pagi tadi kira-kira150 meter daripada tempat di dilaporkan hilang.

"Malinus disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," kata pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan, hari ini.

Semalam sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Belud bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat pencarian di sekitar pantai selepas JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden lemas pada pukul 4.28 petang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada pukul 6.15 petang semalam berikutan keadaan ombak bergelora, dan disambung semula pada pukul 8.00 pagi tadi, sebelum ditamatkan kira-kira tujuh minit kemudian.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel