Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar rugi RM110,000 ditipu Macau Scam


Tarikh kemaskini: 27/11/2018




KUCHING, 27 Nov (Bernama) – Seorang pelajar menanggung kerugian RM 110,000 selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket “Macau Scam” yang menyamar sebagai pegawai polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa yang berusia 24 tahun telah menerima panggilan dari seorang lelaki dikenali sebagai Sarjan Lim yang memaklumkan mangsa kononnya dia terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

 “Setelah disoal siasat, suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk memindahkan sejumlah wang RM110,000 ke dalam empat akaun yang berbeza sementara siasatan lanjut dijalankan.

“Difahamkan wang tersebut merupakan duit biasiswa mangsa. Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel