Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Atlet Sarawak dominasi acara renang, raih lima emas


Tarikh kemaskini: 27/11/2018




IPOH, 27 Nov (Bernama) -- Atlet Sarawak mempamerkan kehebatan apabila menguasai Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini, apabila meraih lima daripada 20 pingat emas yang ditawarkan pada hari keempat acara renang pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di sini hari ini.

Pingat emas pertama kontinjen itu diperoleh menerusi atlet negara, Anderson Jamba dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan anggota kaki dan tangan) dengan catatan 4:21.62 saat (s), mengatasi ??????Muhd Nur Faris Ghazali (Pulau Pinang) yang merekod 5:11.27s untuk pingat perak, manakala gangsa diraih atlet Terengganu, Li Shen Tan dengan catatan 6:06.83s.

Stanley Jeranding menyumbangkan pingat emas kedua Sarawak dalam acara 100m kuak dada lelaki SB13 (masalah penglihatan) selepas merekod 1:39.35s, menewaskan rakan sepasukan yang juga abangnya, Donny di tempat kedua dengan catatan 1:45.43s manakala gangsa diraih atlet Kedah, Muhammad Amin Zakaria yang mencatat 2:03.36s.

Bagi acara 100m kuak lentang lelaki S6 (kerdil), atlet Sarawak, Ardiles Benson mencatat 3:01.65s untuk mengutip pingat emas manakala atlet Kuala Lumpur, Choon Yue Lam terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan catatan 3:16.53s.

Pingat emas keempat Sarawak disumbangkan bekas perenang negara, David Wangyu Kulek yang mempertahankan emas Para Sukma 2016, dengan catatan 41.69s dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki S7-S8.

Ketika ditemui Bernama, David Wangyu, 45, berkata beliau yang mula menyertai Para Sukma sejak 1996, mahu menambah lagi koleksi emas pada temasya kali ini, kerana ini penampilan terakhirnya berikutan faktor umur yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Temasya kali ini sangat mencabar kerana kesemua perenang yang kebanyakannya generasi muda mempamerkan aksi hebat dan saya perlu lebih fokus untuk meraih dua lagi pingat emas dalam dua acara esok,” katanya yang berasal dari Betong.

Pingat perak acara itu turut diraih atlet Sarawak, Jeffery Nowel Jana dengan catatan masa 1:01.28s manakala atlet tuan rumah, Fattah Abdullah meraih gangsa selepas sekadar melakukan catatan 1:22.84s.

Kuartet renang 4x100 gaya bebas lelaki S1-S10 Sarawak yang menggandingkan Rusdianto Rusmadi, Galang Jabai, Jeffery Nowel Jana dan Jiro Lihap meraih emas dengan masa 5:58.04s menewaskan wakil Sabah yang merekod masa 6:39.56s, manakala Kedah di tempat ketiga selepas mencatat 8:50.51s.

Sementara itu, atlet Kedah turut mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih empat emas dengan tiga daripadanya merupakan rekod baharu temasya menerusi penampilan atlet negara Puteri Nur Diyana Jawahir Megat Muhammad Fadzli.

Puteri Nur Diyana Jawahir, 17, melakar tiga rekod baharu temasya dalam acara 200m gaya bebas wanita S14, 100m kuak dada SB14 dan 100m kuak lentang S14.

Satu lagi pingat emas kontinjen negeri Jelapang Padi itu diperoleh menerusi Nurul Hayati Hat yang meraih emas acara 100m kuak dada wanita SB12-13 dengan catatan 2:45.35s meninggalkan pencabarnya Mailin Mopinpin dari Sabah dengan masa 4:11.79s untuk pingat perak.

Bagi acara 200m gaya bebas lelaki S14, atlet Selangor yang merupakan atlet negara, Zhi Weng Zadrian Chan meraih emas apabila mencatat 2:20.72s sekali gus mencipta rekod baharu temasya, memadamkan rekod lama dicatat atlet Sarawak pada Sukma 2016, Ting Jin Ping dengan masa 2:27.53s.

Pingat perak diraih Mohd Adib Iqbal Abdullah dari Sarawak dengan catatan masa 2:26.11s manakala atlet Johor, Sze Kai Bryan Lau memungut gangsa setelah merekod 2:30.99s.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel